10 Filem Tempatan 2018 Yang Gagal Terima Kutipan Pecah Panggung.

DI SEBALIK kejayaan filem “Hantu Kak Limah”, “PASKAL”  dan “Munafik 2” yang mencuri tumpuan ramai dengan jumlah kutipan tiket tertinggi dalam sejarah industri perfileman tanah air, beberapa filem tempatan pula gagal mendapat kutipan tiket yang baik di pawagam.

Namun harus diingat, filem yang mendapat kutipan pecah panggung tidak semestinya merupakan filem terbaik dan begitulah sebaliknya.

Masing-masing tampil dengan kelebihan dan sasaran yang tersendiri.

Daripada 33 buah filem yang ditayangkan sehingga Ogos lalu, Sinar Harian kongsikan 10 filem Melayu yang mendapat kutipan paling rendah di pawagam:

1. Bidong The Boat People (Mac) – RM3,000

“Saya tahu risiko penghasilan filem Bidong dan sejak awal lagi sudah mampu menjangkakan, ia takkan dapat sambutan.”

Demikian kata sutradara, Yusof Kelana, ketika mengulas mengenai kegagalan naskhah arahannya, Bidong: The Boat People.

2. Enjin No. 9 (Mac) – RM7,000

 

3. Qhaliq (Jun) – RM14,000

4. This Is Pilah (Jun) – RM45,000

5. Hantu Wangan (Mac) – RM89,000

 

6. Badang (Februari) – RM93,000

Filem tempatan terus lesu biar kecoh bahawa filem Badang lakonan Dato’Sri Aliff Shukri dikatakan mampu memberi ledakan kerana kos pembikinannya mencecah RM2.5 juta. Kasihannya, filem ini hanya mampu mencatat kutipan tiket sebanyak RM68, 816.17 dan lebih “menang” dengan kisah-kisah sensasinya sahaja.

7. Busker (Januari) – RM96,000 

 

8. Bukan Cinta Malaikat (Januari) – RM127,000

9. Makrifat Cinta (Februari) – RM138,000

10. Blok 404 (Jun) – RM220,000

 

Sumber: Finas/astro awani 

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf