“Alhamdulillah, first step cIose..”- Juara Olimpik Abdul Latif bertunang dengan teman zaman sekolah

KANGAR – Jaguh Iompat jauh negara, Abdul Latif Romly, 24, bertunang dengan pilihan hatinya yang juga teman sejak di bangku sekolah dalam satu majlis dekat sini semalam.

Penyumbang pingat emas ketiga negara pada Sukan ParaIimpik 2020 di Tokyo tersebut telah memuat naik gambarnya bersama tunangnya itu di Facebook miliknya kira-kira pukul 8 malam tadi.

Abdul Latif memuat naik gambar majlis pertunangan dengan wanita pilihannya dalam satu majlis di Kangar semalam.

Gambar tersebut dimuat naik bersama ’tag’ individu menggunakan nama @naberss yang membawa kepada akaun Instagram seorang wanita bernama Nabila Farhana.

Dalam kapsyen gambar tersebut, Abdul Latif menzahirkan rasa syukvr dan cinta kepada pasangannya serta menyatakan mereka sudah meIangkah setapak lagi ke depan.

“Alhamdulillah, first step close. I love you @nabersss,” tulisan Abdul Latif di Facebook miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LATIFROMLY (@latifromly)

Sementara itu, kakak Abdul Latif, Siti Aminah, 34, ketika dihubungi mengesahkan pertunangan tersebut yang berlangsung semalam.

Siti Aminah turut mengesahkan bahawa tunang adiknya tersebut adalah teman wanita yang sudah dikenalinya sejak di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi lagi dan kini bekerja sebagai seorang guru.

Tahniah champ!

Tahniah abang Latif..


Sumber: K! ONLINE, Instagram Latif Romly

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Teruskan berhibur dengan kisah-kisah menarik menarik dibawah ini yang dikongsikan.