“Ada Jugak Yang Perasan Ainan Eventho Dah Pakai Purdah”- Ainan Tasneem Terharu Masih Di Kenali

PENYANYI Ainan Tasneem mengakui terkejut apabila orang ramai mengetahui identiti dirinya meskipun dia mengenakan niqab.

Ainan atau nama sebenarnya Ainan Tasneem Ridzuan, 27, berkata perkara itu disedarinya apabila ada sahaja peminat yang menghantar mesej peribadi memberitahu terserempak dengannya sewaktu keluar bersama keluarga.

 

View this post on Instagram

 

Ainan pelik la, dah banyak kali dah kalau Ainan balik daripada keluar jalan2 dgn family tak lama lepas tu mesti ada je beberapa orang yg DM n cakap dia nampak Ainan tapi segan nak tegur 😫 Haha ishh dah kenapa koranggg? Ainan ok jee kalau korang tegur2, lagi rasa terharu ada la sebab ada jugak yg perasan Ainan eventho Ainan dah pakai purdah, tapi still orang boleh cam. N yg lagi terharu ada jugak yg kenal Ainan sebab nampak Salsabiela or Ariff. Ramai yg kenal family Ainan rupanya. Terharu sangat. Siap bagi doa yg baik2 kat kami sekeluarga. MashaaAllah TabarakAllah, semoga doa yg baik2 tersebut berbalik kepada kamu semua. 🥰 Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan kalian di luar sana. 😇 . Btw tudung Ainan daripada @by_sarah_ahmad. ❤️ Awning best gila takyah susah2 nak bentuk takyah susah2 nak starch. Helokkk je.

A post shared by A I N A N T A S N E E M (@ainantasneem92) on

“Saya pelik… sudah banyak kali kalau balik daripada keluar jalan-jalan dengan keluarga, tak lama lepas tu mesti ada sahaja beberapa orang yg DM (direct message) beritahu mereka nampak saya tapi segan nak tegur.

“Dah kenapa? Saya ok sahaja kalau anda tegur.

“Sebaliknya rasa terharu sebab ada juga yang perasan saya walaupun sudah pakai purdah, orang masih boleh perasan, jelasnya.

Ainan berkongsi kisah itu di laman Instagram miliknya pada Ahad.

Ainan terharu peminat turut mengenali suami dan anak-anaknya.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Aku Suka Dia sebelum ini membuat keputusan untuk mengenakan niqab apabila dia dan suami tidak selesa berhadapan khalayak ramai.

Tambah Ainan, dia juga berasa terharu apabila ramai peminat turut mengenali suaminya, Mohamad Ariffudin Mohammad Swaimi serta anak-anak.

“Lebih terharu apabila ada juga yang kenal saya sebab nampak Salsabiela dan Ariff. Ramai yang kenal keluarga saya rupanya…

“Siap bagi doa yang baik-baik buat kami sekeluarga. MashaaAllah TabarakAllah, semoga doa yang baik-baik tersebut berbalik kepada kamu semua.

“Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan kalian di luar sana,” katanya.

 

Sumber: soyalemon

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf