Aduhhh, anak 3 org takkan nasi sebungkus & ayam singgit je..?

Keluarga Tauladan Tempatan

Kecik Bagi Kita Mungkin Besar Bagi Mereka…

Kebetulan lepas kitaorang siap agih bantuan banjir..kita pekena ABC. Mata laju je terarah kat sekeluarga ni. Bergendong atas motor berempat, berhenti beli nasi sebungkus dan ayam singgit. Aduh,anak 3 orang takkan nasi sebungkus.😭

Bertanya orang kampung pasal dia, dalam makluman dan tindakan pengurusan setempat dah. Ada masalah kesihatan sikit. Tapi dah lumrah kita manusia ni, tak boleh tengok orang kurang, mesti nak tolong. Lagi-lagi ada anak kecik. Tak banyak pon takpe janji ada jugak menyumbang.

Alhamdulillah Ameerah Dun Air Putih kongsi rezeki dengan belanja makanan malam,air minuman dan makanan ringan.Tak lah seberapa tapi cukup happy bila dapat tengok anak-anak dia senyum sesama sendiri. Berkaca jugakla mata ni…

Rezeki Allah itu luas, kalau bukan dengan duit yang banyak, diberi kesihatan tubuh badan, diberi keluarga dan kawan yang baik atau mungkin urusan dipermudahkan Allah 💕
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

“ Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan”.[Ash-Syarh: 5-6]

May be an image of one or more people, motorcycle and road

 

Sumber: Tun Syary Hazwarni Mardiah, Haliabara

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.