” Agak-Agak La Tu Awek Cendol ” -Emma Maembong Buka Mulut Tegur Netizen Tapi Tersalah Ambik Gambar.

Hiburan

Susulan sekeping foto gadis mirip pelakon Emma Maembong yang tampil seksi sambil posing dalam keaadan berbaring yang sudah pun viral di media sosial, Emma menjelaskan gambar tersebut bukanlah dirinya.

Sebaliknya, ia telah disunting pihak tak bertanggungjawab malah hasil suntingan yang dilakukan juga jelas kelihatan, seperti yang dikongsi Emma.

Pelakon sensasi itu ada berkongsi foto tersebut menerusi Insta Stories Instagram, awal semalam.

Foto ini di percayai berasal dari IG Sisturz Stalker.

“Ok ada orang kasi Emma gambar ni. Agak-gaklah nak edit pun adoi… tak pyah la kitang nak buat dosa edit.

“Nampak teruk edit tu,” kongsinya lagi.

Sementara itu Emma turut menegur followernya yang menggunakan nama @lanun_perosak di IG Storiesnya. Emma menyelar pemilik akaun tersebut yang menegur dengan cara tidak sepatutnya dan lebih di lihat seperti pembulian cyber.

Emma juga meminta pemilik akaun tersebut untuk menegur terlebih dahulu ahli keluarganya dan kekasih hati untuk memakai tudung.

Pemilik akaun tersebut telah menegur Emma yang membuat keputusan membuka tudung dengan ayat pedas ” risau kubur kita bersebelahan ..awak bising susah saya nak rehat nanti..”

Namun seperti memulangkan paku buah keras, pemilik akaun tersebut juga berkongsi respon balasnya terhadap Emma di IG Stories miliknya.

” Agak-agak la awek cendol tu awek aku..aku pun ada nafsu..jom kita nikah @emma ” selorohnya.

Rupanya gambar yang di ingat kekasih oleh Emma rupanya gambar yang di edit oleh @lanun_perosak iaitu awek cendol yang pernah viral suatu ketika dahulu.

Nampaknya Emma telah mula membuka mulut dan mempertahankan dirinya dari menjadi Cyber Bully. Mungkin sudah masanya netizen membiarkan Emma dengan kehidupan barunya dan berdoa yang baik-baik sahaja.

Foto : Instagram Emma Maembong/ lanun_perosak / media hiburan edit by Hiburan media terkini.