Kec0h Ahmad Maslan Kata Golongan PhD Faham Knp Perlu PRU, Sekali 222 PhD Sokong Darurat Yang Diperkenan Agong, Tolak PRU

Semasa Tempatan Viral

Jika sebelum ini kec0h apabila ada pihak membezakan pemikiran si pemarut kelapa dan bagi mereka yang ada ijazah doktor falsafah (PhD) yang sepatutnya menyokong piliharaya diadakan, apa yang kami nak sampaikan ini pun berkenaan PhD juga.

Memetik laporan BH Online, seramai 222 pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) yang menganggotai Pertubuhan Intelektual Negara (PINTAR) sepakat menyokong pelaksanaan darurat diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi membendung penularan C0VID-19.

Mohd Roslan Presiden PINTAR, Prof Dr Mohd Roslan Mohd Nor

Presiden PINTAR, Prof Dr Mohd Roslan Mohd Nor, berkata pertubuhan itu turut menyokong pembentukan Jawatankuasa Bebas bagi memberi syor kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menamatkan darurat yang ditetapkan sehingga 1 Ogos nanti atau lebih awal bergantung kepada kes jangkitan.

“PINTAR turut menolak dan mengecam cadangan supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan dalam waktu terdekat”

“Ini selaras dengan kegusaran Seri Paduka Baginda terhadap kenaikan mendadak angka jangkitan C0VID-19 serta kesan bencana banjir ketika ini”

PINTAR menyokong proklamasi darurat sehingga 1 Ogos ini bagi mengawal penularan COVID-19 diperkenan Yang di-Pertuan Agong PINTAR menyokong proklamasi darurat sehingga 1 Ogos ini bagi mengawal penularan C0VID-19 diperkenan Yang di-Pertuan Agong

“Sekiranya penularan C0VID-19 tidak dibendung dan dikawal dengan berkesan, ia akan memudaratkan kesihatan rakyat dan kesejahteraan negara,” jelasnya kepada portal berita tersebut.

Selain itu, pakar ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai; pakar Perlembagaan, Prof Dr Shamrahayu Ab Aziz; pendakwah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Dr Ahmad El-Muhammady Muhammad Uthman El-Muhammady dan pensyarah komunikasi, Prof Dr Abdul Muati Ahmad turut menyokong pelaksanaan darurat tersebut.

Kedaulatan institusi Yang di-Pertuan Agong | BebasNews

Agong berkenan darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos ini atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif C0VID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Tambah Roslan, dia meminta semua pihak tidak mempersoal mahu pun mencabar pandangan Yang di-Pertuan Agong berhubung tahap penularan C0VID-19 yang amat kr1tikal ketika ini.

‘Orang ada PhD faham mengapa perlu PRU secepat mungkin’

Ke pasar raya boleh, kenapa mengundi dengan SOP ketat tidak boleh?" - Ahmad Maslan | Astro Awani

Terdahulu, kec0h kisah PHD apabila Setiausaha Agung Umno dan BN yang beru, Ahmad Maslan menyifatkan hanya golongan berpendidikan tinggi dapat memahami keperluan melakukan pilihan raya umum (PRU) secepat mungkin.

Merujuk satu temubual sebuah stesen televisyen dengan seorang individu yang bekerja sebagai pemarut kelapa, Ahmad menerangkan sebab-sebab mengapa PRU wajar diadakan segera.

“Saya dipertontonkan dengan Astro Awani atau TV3, tidak pasti, dia ada temubual seorang pemarut kelapa. Tak pastilah (individu) itu daftar undi atau tidak. Dia cakap tak boleh lakukan PRU kerana C0vid-19.

“Tapi saya jawab kenapa perlu PRU, kerana banyak negara yang sudah lakukan antaranya di Amerika Syarikat, Singapura dan kita juga dah laksana pilihan raya kecil (PRK) di Chini, Slim dan pilihan raya negeri (PRN) Sabah.

“Sabah itu kes tinggi pun punca mereka kerana orang-orang pulau naik motorbot mereka masuk tanpa sar1ngan dan sebagainya, itu antara punca saya difahamkan dan ia mereb4k di pulau sekitar itu.

“Kita perlukan PRU kerana kerajaan ini juga merupakan kerajaan yang paling tipis (majoriti) di dunia. Kerusi parlimen ada 222, kalau nak jadi kerajaan kena ada 111 campur satu (kerusi) lagi minima. Ha.. dan itu yang kerajaan Malaysia ada sekarang.

“Rasanya yang parut kelapa tadi itu dia tidak perasan, yang ditemubual sebagai suara akar umbi (rakyat) itu tidak tahulah hanya lepasan sekolah tinggi kot.

“Kalau dari UIA (Universiti Islam Malaysia) atau ada PhD (ijazah kedoktoran), saya rasa dia boleh ulas dengan lebih tepat,” katanya.

Ahmad berkata demikian dalam satu program Wacana Ilmu anjuran Umno Bahagian Tanjung Malim bersama Penerangan Umno Perak yang disiarkan secara maya di Facebook Umno Online hari ini.

Pada 6 Jan lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata situasi semasa C0vid-19 di negara ini berada pada tahap gent1ng dan mencadangkan agar perintah kawalan pergerakan lebih bersasar dilaksanakan.

Ia berlaku ketika hubungan Umno dengan Bersatu semakin teg4ng ekoran satu demi satu bahagian Umno mengemukakan usul untuk menamatkan kerjasama terbabit.

Baru-baru ini Majlis Tertinggi Umno pula memutuskan untuk membawa usul berkenaan ke perhimpunan agung parti pada hujung bulan ini supaya diputuskan.

Umno sendiri sebelum ini mendes4k agar PRU diadakan segera dengan alasan supaya kerajaan yang mendapat mandat rakyat dapat dibentuk.

222 Intelektual dari PINTAR tolak PRU dalam masa terdekat

Di atas inisiatif Pertubuhan Intelektual Negara (PINTAR) yang saya adalah Presidennya, maka kami selaku 222 pemegang ijazah PhD dari seluruh negara seperti senarai di bawah:

(1) Merafak sembah takzim dan menyatakan sokongan penuh terhadap kebijaksanaan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah memberi perkenan terhadap keputusan Mesyuarat Jemaah Kabinet berkenaan cadangan pelaksanaan Pengisytiharan Proklamasi Darurat sebagai langkah proaktif untuk membendung dan melandaikan kes positif COV1D-19 harian yang telah mencecah empat angka secara berterusan sejak bulan Disember lalu.

(2) Menyanjung tinggi keputusan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan terhadap cadangan Kerajaan bagi pembentukan satu Jawatankuasa Bebas yang akan dianggotai oleh Ahli-Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkait selain memberi budi bicara kepada Jawatankuasa Bebas ini untuk mengesyorkan kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sekiranya pelaksanaan darurat ini dapat ditamatkan lebih awal daripada tempoh pelaksanaan darurat yang ditetapkan, sehingga 1 Ogos 2021.

(3) Menolak sebarang cadangan supaya PRU 15 dilangsungkan dalam waktu terdekat di samping mengecam sebarang usaha untuk memaksa PRU 15 dilangsungkan dalam waktu terdekat selaras dengan kegusaran KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong terhadap kenaikan mendadak angka j4ngkitan C0VID-19 dan kesan bencana banjir di negara ini yang sekiranya tidak dibendung dan dikawal dengan berkesan maka ianya akan memudaratkan kesihatan rakyat dan kesejahteraan negara.

(4) Meminta semua pihak tidak mempersoal apalagi mencabar pandangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa penularan w4bak C0VID-19 di negara ini berada di tahap yang amat kritikal dan adanya keperluan Pengisytiharan Proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan memandangkan ia hanya dibuat setelah Seri Paduka Baginda merundingkannya dengan Raja-Raja Melayu serta memperhalusi penjelasan YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin,

Dan sembah taklimat daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Bin Ali; Peguam Negara, Tan Sri Idrus Bin Harun; Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham bin Abdullah; Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Abdul Ghani Bin Salleh; Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bin Bador dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Haji Affendi Bin Buang.

Kami dimaklumkan bahawa lebih ramai lagi sebenarnya pemegang ijazah PhD yang mahu bersama-sama dengan kami di dalam menyokong kenyataan ini kerana ia tidak lain tidak bukan adalah penzahiran hasrat majoriti terbesar rakyat negara ini.

Sila rujuk pautan Pertubuhan Intelektual Negara  untuk senarai penuh 222 pemegang PHD tersebut

Yang Menyembah Maklum,
Prof Dr Mohd Roslan Bin Mohd Nor,
Presiden, Pertubuhan Intelektual Negara (PINTAR).

 

Sumber: BH Online, Gulapop, Dr. Kamarul Yusoff

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.