Asyik Terg4nggu Bekalan Air, Rakyat Selangor Mahu Air Percuma Bulan Depan

Semasa Tempatan

Semalam sebanyak 1,139,008 juta akaun pengguna di kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor berdepan g4ngguan bekalan air bermula jam enam petang. Difahamkan, ia merangkumi kawasan Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Sudah berkali-kali terjadi pencem4ran air Sungai Selangor sehingga menyusahkan penduduk, ramai yang meluahkan rasa geram dan kecewa serta mempersoalkan mengapa masalah itu sering berulang.

Lebih membuatkan ramai berang apabila semua kini berada di rumah berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditambah pula dengan sambutan Deepavali Sabtu ini.

Dalam pada itu ada yang netizen mengatakan ini mungkin ‘karma’ di atas perbuatan manusia sendiri yang membuang sampah sesuka hati di dalam sungai sehingga berlaku pencem4ran .

Melihatkan sudah banyak kali terjadi g4ngguan bekalan air, ada yang memberi cadangan pampasan perlu diberikan buat rakyat Selangor yang berdepan situasi tersebut.

Malah, ada yang mahukan air percuma bulan hadapan berikutan terjadi g4ngguan bekalan air sejak semalam. Netizen turut mencadangkan jika berlaku g4ngguan air pada bulan tersebut, perlu diberi air percuma pada bulan hadapan.

Dalam perkembangan terbaru, bekalan air ke kawasan terjejas akibat pencem4ran di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa (SSP) 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dijangka akan pulih secara berperingkat mulai jam 3 petang ini.

G4ngguan bekalan air di 7 wilayah bermula 6 petang, Selasa

Lebih 1.1 juta pengguna akaun berdepan gangguan bekalan air lagi - Kosmo Digital

Terdahulu, tujuh daerah di Lembah Klang mengalami g4ngguan bekalan air tidak berjadual susulan ins1den pencem4ran bau di Sungai Selangor pada selasa lalu.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam satu kenyataan media berkata, kawasan yang terlibat adalah wilayah Petaling, Klang, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

“Loji Rawatan Air (LRA) dihenti tugas selepas berlaku pencem4ran baru yang dikesan berlaku di Sungai Selangor,” kata kenyataan itu.

LUAS berkata, pencem4ran bau yang dikesan itu seakan-akan bahan kim1a pelarut.

“LRA Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa (SSP) 1, 2 dan 3 henti beroperasi sejak pukul 12.20 hingga 12.45 tengah hari tadi,” katanya

Awal September lalu, sebanyak 1,292 kawasan mengalami g4ngguan bekalan air tidak berjadual susulan penvtupan LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang.

 

SUMBER: World of Buzz, Gulapop

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.