Khabar Gembira! AirAsia Berhasrat Gajikan Semula Pekerja Yang Sudah Diberhentikan

Semasa Tempatan Viral

Penvlaran p4ndemik C0vid-19 sejak setahun yang lalu benar-benar memberi kesan kepada rakyat negara kita dan juga seluruh penduduk dunia.

Bukan hanya menjej4skan kes1hatan dan ny4wa, v1rus m4ut ini turut memberi impak pada semua jenis sektor pekerjaan dan perniagaan khususnya sektor penerbangan.

Akibatnya puluhan ribu pekerja didalam industri penerbangan di seluruh dunia terp4ksa diberhentikan dan pekerja syarikat penerbangan AirAsia juga tidak terkecvali.

Namun Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tony Fernandez menerusi satu laporan hari ini memaklumkan AirAsia menyasarkan untuk mengambil kembali bekas pekerja mereka yang terpaksa diberhentikan pada tahun lalu apabila perniagaan syarikat penerbangan itu kembali pulih.

Foto : REUTERS/Lai Seng Sin/File Photo

Mengakui keputusan pemberhentian khidmat kira-kira 2,000 pekerja itu bagaikan satu trag3di, Tony berikrar untuk mengambil kembali khidmat mereka terbabit serta yakin dengan kemampuan syarikat penerbangan tambang rendah tersebut.

“Keh1langan 2,000 pekerja akibat 1mpak C0VID-19 merupakan satu trag3di untuk kami. Oleh itu sebelum bersara, saya perlu pastikan kesemua mereka dapat diambil semula.

“Inilah sas4ran saya, malah saya yakin ini dapat dilakukan apabila aktiviti penerbangan kembali ber0perasi serta dis0kong oleh perniagaan lain kumpulan ini,” katanya dipetik dari laporan Bernama.

Tambah Tony lagi, kewujudan AirAsia juga berteraskan perubahan pengurusan yang memvdahkan pekerja berp1ndah kerja.

Secara asasnya perubahan pengurusan mervjuk pada segala jenis pendekatan untuk melakukan persiapan, s0kongan, membantu individu, pasukan dan syarikat membuat perubahan di peringkat organisasi.

“Kami adalah syarikat penerbangan pertama (ASEAN) dengan barisan juruterbang wanita iaitu sesuatu yang tidak pernah dilakukan dalam sejarah ASEAN.”

“Oleh itu, budaya dalam AirAsia ini menetapkan asas perubahan dan itulah juga kemahiran kami. Sebagai syarikat penerbangan dengan saiz seperti ini, kami mempunyai kesatuan sekerja sendiri — sesuatu yang tidak dimiliki oleh syarikat penerbangan dunia lain dengan saiz serupa,” katanya

“Anda boleh lakukan apa saja sekiranya terdapat struktur, persekitaran wajar dan paling penting adalah barisan pekerja yang tepat. Bagi saya, inilah teras kekuatan kami.

“Mungkin kami tidak mempunyai jumlah tunai yang diinginkan, tetapi ini diatasi dengan membentuk barisan bakat, pekerja (yang tepat), bersemangat serta kemampuan untuk yakin bahawa kami mampu melakukan apa sahaja,” katanya.

AirAsia sebelum ini dengan kerjasama Google pada Oktober lalu telah menubuhkan Redbeat Academy yang menjadi sebahagian daripada aspirasi untuk melatih semula dan meningkatkan kemahiran pekerja berikutan hakikat penerbangan yang tidak terkecvali daripada Revolusi Perindustrian 4.0.

 

Foto Header : Reuters, Google

Sumber: BERNAMA, BK

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.