“Aku Buat Dekat Bangkok RM2,000 Plus Saje , Bukan Tukar Jantina Pun” – Micheal Ang Buat Apa?

Pengarah terkenal Michael Ang mengakui tidak mempunyai masalah untuk menjawab pertanyaan daripada pengikutnya di media sosial.

Menerusi entri di Instagram (IG), menjelaskan dia telah membelanja sebanyak RM2,000 untuk membuat giginya di Bangkok, Thailand.

“Buat atau tak buat gigi! Aku mengaku aku buat kat Bangkok RM2,000 plus saje! 

“Buat veneers! Buat gigi saje bukan potong tukar Jantina pun!

“Apooooooo! Luv you guys have a great week ahead!,” tulisnya.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Buat atau tak buat gigi! Aku mengaku aku buat kat Bangkok 2k plus aje! Buat veneers! Buat gigi aje bukan potong tukar Jantina pun! Apooooooo! Luv u guys have a great week ahead!

A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on

 

Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji perubahan warna gigi Micheal dan berharap agar dia dapat berkongsi lokasi klinik yang dia mendapatkan rawatan.

Ada yang menyatakan Michael memerli Haqiem rusli :

 

 

Di maklumkan Haqiem juga melakukan rawatan terbabit sekitar dua bulan lalu namun enggan mendedahkan lokasinya.

“Buat kat Malaysia je. Bagi saya ia lebih kepada keyakinan diri saya sebab saya bekerja sebagai seorang artis.

“Saya menghiburkan orang dan berjumpa dengan ramai orang setiap hari,” katanya kepada Gempak.

Haqiem yang ditemui pada acara Jelajah GEGAR Pagi di Kota Bharu, Kelantan pada Sabtu lalu turut merahsikan kos rawatan pemutihan gigi.

“Rahsia, itu privasi, tak perlu diberitahu. Saya takut nak kongsikan banyak perkara sebab akan cepat tersebar dan orang akan bercerita daripada konteks berbeza pula,” tambahnya.



Penampilan Haqiem terutama pada bahagian gigi yang kelihatan berbeza sejak beberapa minggu lalu menjadi perhatian netizen.

sumber : Astro Gempak 

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf