“Aku Kalau Boleh Memang Nak Bomba, Untuk Membakar Bahang Cinta Yang Tengah Membara” Janna Nick.

Hiburan

Joe Saiful yang merangkap pengurus kepada Ajak Shiro,ada berkongsi keratan video di set rancangan hiburan baru-baru ini.

Ia bagaimanapun menjadi gamat gara-gara pengacara bersama, Janna Nick dilihat cuba memikat salah seorang artis jemputan, Syafiq Farhain.

Memulakan perbualan mengenai Syafiq yang masih meneruskan kerjaya sebagai bomba, Janna secara tiba-tiba bertanya status penyanyi ini sama ada masih solo atau sudah berkahwin.

“Syafik bomba ya?
Masih lagi bomba.
Dekat mana
Hq Putrajaya.
Syafik dah kahwin?
Ok. Nanti kita announce tau.

“Aku kalau boleh memang nak bomba untuk membakar bahang cinta yang tengah membara,” gurau Janna sambil ketawa besar.

 

View this post on Instagram

 

Wah @jannanick nak membakar bahan cinta yang membara gitu… @ajakshiro @meloditv3 #joeprcinternational #joeprcinternationalsince1995

A post shared by Talent Management (@joeprcinternational) on

Lantas, anak kepada Allahyarham Saleem itu kelihatan malu-malu dan hanya tersenyum tanpa kata.

Kata orang, kalau sudah berkenan apa salahnya Janna, nanti boleh hantar rombongan meminang. Tak gitu?

Foto : Instagram Joeprcinternational/Media Hiburan