“Alhamdulillah, Sekarang Kami Adalah Keluarga Yang Bahagia”- Buat pertama kali, isteri Sultan Muhammad V, Oksana memberi ucapan dalam Bahasa Melayu.

Santai

Isteri kesayangan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Rihana Oksana Petra atau lebih dikenali dengan nama Oksana Voevodina melahirkan rasa terharu di atas ucapan selamat yang diberikan oleh peminat kepada dirinya.

Menerusi kenyataan di akaun Instagram miliknya sebentar tadi, Oksana mengucapkan terima kasih kepada peminat selain bersyukur dengan kelahiran anak sulungnya bernama Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra yang dilahirkan pada 21 Mei 2019.

“Kepada semua pengikut pengikut saya yang dihormati, jutaan Terima Kasih diucapkan ke atas komen-komen anda. Saya amat senang hati apabila membaca ucapan ikhlas dari anda semua. “- tulisnya dalam Bahasa Melayu.

Oksana turut meluahkan rasa bahagianya selepas melahirkan bayi ini yang telah mengubah kehidupannya.

“Kehidupan kami telah berubah sejak anak comel ini dianugerahkan kepada kami suami-isteri dan membawa bersamanya kasih sayang dan cinta”- kongsinya.


Selain menzahirkan rasa bersyukur, Oksana menasihati semua pengikutnya supaya bersama-sama menjaga keluarga dan berdoa sentiasa dilindungi Allah swt.

“Alhamdulillah, sekarang kami adalah keluarga yang bahagia dan sifat kekeluargaan adalah penting dalam kehidupan kita semua. Oleh itu, diharap kita sama-sama menjaga keluarga kita dan juga satu sama lain. Dan semoga kita dan ahli keluarga kita terus sihat sejahtera dan sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah swt.”

Dalam pada itu, ruangan komen posting itu dihujani dengan ucapan tahniah dan dilihat Oksana ada membalas beberapa komen dari pengikutnya.

Sumber: hangat.com dan menjukebenaran