Aliff Aziz Padam Foto Isteri di Instagram, Bella Positif Dan Berserah Pada Tuhan Hal RumahTangganya.

Hiburan

Terbaru, netizen mendakwa penyanyi lagu Sayang Sayang yang berasal dari Singapura itu telah memadam kesemua foto Bella di laman IG miliknya.

Image result for bella dan aliff

Isteri kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz, Bella Astillah meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai ‘ketiadaan’ foto-fotonya di laman sosial Instagram (IG) milik suami.

“Saya tak pasti mengenai perkara itu, tak mengapa, hak masing-masinglah. Lagi pun kita tak tahu foto-foto tersebut dipadam atau disembunyikan, jadi jangan cepat sangat kita berspekulasi. Saya cuma harap yang terbaik selepas ini,” katanya.

Bella ditemui Gempak ketika Majlis Pelancaran Koleksi Terbaharu Beg Tangan Victoria Sloane 2019 Rita Sosilawati di The Majapahit, Marc Residence, Kuala Lumpur pada petang Rabu.

Mengulas mengenai status dirinya dan suami, Bella berkata, dia hanya mahu meneruskan hidup positif serta tawakal dan berserah kepada Allah.

“Ini sahaja yang boleh saya katakan buat masa sekarang… Sebabnya, saya kini belum betul-betul bersedia nak menjawab soalan tentang rumah tangga,” ujarnya.

Tambah Bella, dia lebih suka untuk menjalani kehidupan harian bersama anaknya, Mohamad Ayden Adrean, 2 dan memberikan tumpuan kepada perniagaan yang diusahakannya.



“Saya sibukkan diri dengan bisnes kolagen dan kuih raya dengan menyertai ekspo jualan di seluruh Malaysia. Untuk memastikan saya tidak berenggang dengan Ayden, saya bawa dia pergi berniaga sekali.

“Ya, saya ‘happy’ dengan cara hidup sekarang. Lagi pun saya tidak berseorangan sebab keluarga dan ramai di luar sana (pengikut IG) sentiasa memberikan kata-kata positif kepada saya,” katanya.

 

sumber : astro gempak