Amalan yang Muhammad Adib lakukan sehingga beliau dimuliakan sedemikian rupa.

Islamik

Catatan tauladan: Aku tertanya2 apa amalan arwah Adib agaknya sampai dimuliakan begitu rupa di bumi lagi?

Seluruh rakyat Malaysia mendoakan Adib. Mahalkan nilai doa dari seorang mukmin kepada mukmin lain.

Yang aku nampak salah satunya dia memuliakan mak ayah dia. Family first.

Hangpa tau dia beli Myvi baru sebijik dua bulan lepas pastu tinggai di kampung bagi mak ayah dia pakai.Kereta ayah dah lama katanya.

Dia selalu ambik cuti musim padi.
Sebab nak tolong ayah dia buat bendang (orang kedah kata) – ibu adib

Kalau dengar mak ayah sakit. Mak ayah demam. Sebolehnya dia akan cepat2 balik.

Pada hal kita tau kerja bomba bukan senang nak cuti – ibu adib

Umur 24. Anak muda yang dah tak pikir nak enjoy dan berseronok.

Hidupnya demi keluarga terutama ibu ayah.

Dan akan mendirikan rumah tangga minggu depan.

Di sini dapat kita lihat kan.
Sesiapa yang memuliakan ibu ayah. Allah juga akan muliakan kita.

Kita nak senang. Senang kan mak ayah kita dulu. Tak semestinya senangkan duit.

Senang kan hati. Buat mak ayah gembira pun malaikat catat pahala besar untuk kita.

Pengakhiran kita di dunia belum tentu bagaimana.

Aku tulis di sini. Supaya nanti bila aku baca akan jadi peringatan pada aku.

Video:

Innalillahiwainnailaihiraajiuun. Al fatihah
Kredit: Noorhashim Mohamad / videoviral.co

Nama Muhammad Adib kini diabadikan di Tugu Peringatan Fallen Heroes

Nama Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang mennggal dunia pada Isnin lalu kini diabadikan di Tugu Peringatan Fallen Heroes, Kuala Kubu Bharu.

Memetik laporan Sinar Harian, tugu yang terletak di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Tengah itu mengabadikan senarai anggota seluruh negara yang terk0rban ketika berkhidmat.

Komandan ABPM Wilayah Tengah, Md Ali Ismail berkata tugu peringatan itu merekodkan nama 23 anggota bomba yang terk0rban ketika bertugas di seluruh negara sejak 1993.

“Allahyarham Muhammad Adib adalah yang ke-24 selepas enam anggota terk0rban dalam operasi mencari dan menyelamat mngsa lemas di sebuah lombong di Puchong pada 3 Oktober lalu.

“Tugu peringatan ini juga dibuka untuk kunjungan orang ramai sebagai tanda ingatan dan menghargai peng0rbanan anggota bomba terbabit,” katanya.

Muhammad Adib, 24, merupakan Anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) JBPM Subang Jaya cedra prah selepas disrang dan dipkul peruuh dalam kejadian di sebuah kuil, 27 November lepas.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember di Institut Jntung Negara (IJN) selepas 21 hari bertarung nyawa.

Md Ali berkata, majlis tahlil buat Allahyarham Muhammad Adib turut diadakan sebelum acara ringkas meletakkan tanda nama itu.

Sumber edisimedia