
Penyanyi Nourul Depp menceritakan detik cem4s apabila anak lelakinya, Raphael Depp telah dimasukkan ke hospital disebabkan dem4m denggi.
Menurut Nourul, 43, Raphael juga diser4ng s4wan selepas kali terakhir berlaku pada tahun 2018.
“Dah balik ‘merentas desa’ dari Cyberjaya ke Shah Alam dan ke Kuala Lumpur, anak kuat kami ni dem4m dan kena lagi fibral fit dia tu (tarik). Selepas sudah dua tahun solid tak kena.
“Mak dia jenuh berkuntau dalam kereta bila dia kena tarik dalam panas lit lit balik sekolah lepas sekolah call. Haaa apa lagi masuk hospital lah!
“Sekali check darah laaaaa … patutlah dem4m sat sat. Rupanya denggi! Biadap punya nyamuk. Hang saja suka anak kecik kan.
“Mak mana tak risau. Kami panik jugak la. Ya Allah… luruh hati tengok dia tarik dalam seminit setengah tu.
“Sampai hospital, apa lagi semestinya kena masuk drip semua kan. Adoiii.. Mama pun nak nangis tengok masuk jarum,” tulisnya di Instagram (IG).
Sementara itu pelantun lagu Kerana Terluka tersebut turut melahirkan rasa syukur selepas melihat keadaan anak kesayangannya stabil.
“Denggi tak tinggi. Kami pelik laa nyamuk denggi ni. Doktor kata mungkin dah empat hingga lima hari kena tapi badan #raphaeldepp di tahap nak sembuh. Kami blur sat.
“Hang ni memang robocop lah Raphael oiii. Mama papa bersyukur tak teruk. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.
“Takut bahagian tarik tu. Kami tr4uma sat. Hilang cool kami terpanik hari ini. Mungkin sebab hormon pun dok nak betul lagi lepas kami tiga minggu buat #hysterectomy.
“Yang pasti, parents mana suka anak sakit. Semoga Allah pelihara anak anak kita dan beri kesihatan yang baik. Amin,” tulisnya lagi.
Nourul berkahwin dengan Eric Daniel Depp dan pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zachary Depp, Raphael Depp dan Isabella Depp.
Sebelum ini, Nourul pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan komposer, Ajai pada Disember 1996 dan berpis4h pada Februari 2007.
Hasil perkahwinan itu, mereka mendapat seorang cahaya mata perempuan iaitu Ayu Nazirah.
Sumber: Gempak
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.