“Anak Perempuan Saya Macam Bapok Tapi Hati Kamu Busuk..”Jasmin hamid Sesal Wajah Anak Di Keji.

Hiburan

Laman sosial seolah menjadi salah satu cara untuk berinteraksi dengan lebih ramai orang secara maya. Namun, ramai yang mengambil kesempatan berselindung disebalik papan kekunci untuk mengkritik sesiapa sahaja sehingga melampaui batas.

Pelakon otai, Jasmin Hamid meluahkan rasa kesal apabila anak angkatnya turut menjadi mangsa buli dilabel mempunyai rupa seperti pondan di Instagram.

Kutuk muka mak nyah

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

KEPADA PARA MANUSIA YANG BERHATI HITAM, HATI -HATI BILA NAK KOMEN KERANA SEGALANYA AKAN DI HISAB KELAK.. SUDAH PASTI SAYA AKAN BLOCK DAN AMBIL TINDAKAN PADA ORANG-ORANG SEPERTI INI SEBELUM IA MENJADI WABAK DAN MEREBAK DI LAMAN SOSIAL SAYA.. . . KESIAN kepada pemilik account ni kerana PENAMPILANNYA TAK SELARI DENGAN AKHLAKNYA.. AMAT KEJI AKHLAKNYA! Hanya menutup rambutnya tapi terlupa untuk MENUTUP HATI DAN IMANNYA! MUNGKIN PARAS RUPA KAMU JAUH LEBIH CANTIK DARI ANAK PEREMPUAN SAYA YANG MACAM BAPOK BAK KATA KAMU TAPI HATI KAMU JAUH LEBIH BUSUK..JIKA ALLAH BUKA AIB KAMU, SUDAH PASTI TIDAK ADA SESIAPA YANG AKAN DEKAT DENGAN KAMU.. JANGAN PERNAH MERASA SOMBONG DENGAN KELEBIHAN YANG ALLAH BERIKAN KEPADA KAMU sehingga sanggup MENGHINA orang lain. . TERIMA KASIH kerana kamu TELAH PINDAHKAN PAHALAMU kepada ANAK PEREMPUAN SAYA.. KAMU TIDAK TAHU ASAL USUL ANAK PEREMPUAN SAYA.. Bila kamu tahu, pastinya kamu AKAN MENYESAL SEUMUR HIDUP kamu kerana kamu telah MENCELA ANAK YATIM 😡. Saya boleh telan lagi bila manusia MENCELA saya tapi saya akan BANGUN UNTUK MEMBELA bilamana ada manusia yang berakhlak KEJI ,MENCELA keluarga saya yang tidak pernah melakukan kesalahan kepada mereka .. 😡 . . Jika kamu seorang MUSLIMIN dan MUSLIMAT yang BERIMAN, pastinya kamu TIDAK BERANI MENCELA orang lain kerana kamu tidak mahu MALAIKAT ATID sibuk mencatat keburukan kamu.. Setiap lisan dan ucapan, akan DI HISAB! . . Tujuan saya post tentang ini untuk WARNING pada NEGATIVE NETIZEN supaya lebih berhati -hati bila nak komen di WALL SAYA.. Semua FOLLOWERS SAYA adalah POSITIVE! Jangan hanya kamu fikir, kamu orang awam, kamu boleh MENCELA sesuka hati di WALL ARTIS! (bukan RETIS) Saya sudah lakukan tindakan yang sepatutnya dengan ACCOUNT kamu.. Semoga Allah berikan kamu HIDAYAH untuk menjadi seorang yang lebih beriman dan MATI DALAM HUSNUL KHATIMAH! . . #netizen #mencelaoranglain #mencela #Muslim #netizen #malaikatatid #transferpahala #hebatbukan

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on

Jasmin memuatnaik komen yang ditinggalkan netizen wanita tersebut dan mengatakan akan menyekat pengguna tersebut dan mengambil tindakan sebelum ianya merebak menjadi wabak.

Kepada para manusia yang berhati hitam, hati-hati bila nak komen kerana segalanya akan dihisab kelak. Sudah pasti saya akan block dan ambil tindakan pada orang-orang seperti ini sebelum ia menjadi wabak dan merebak di laman sosial saya.

Kesian kepada pemilik account ni kerana penampilannya tak selari dengan akhlaknya, amat keji akhlaknya. Hanya menutup rambutnya tapi terlupa untuk menutup hati dan imannya.

Jangan pernah merasa sombong

 

Pelakon yang masih lagi aktif di kaca tv drama tempatan ini turut memberi peringatan kepada netizen terbabit mengenai perihal aib wanita itu yang masih tertutup. Tambahnya, mungkin wanita itu lebih cantik berbanding anak perempuannya itu namun hati wanita itu lebih busuk.

Mungkin paras rupa kamu jauh lebih cantik dari anak perempuan saya yang macam bapok bak kata kamu tapi hati kamu jauh lebih busuk. Jika Allah buka aib kamu, sudah pasti tidak ada sesiapa yang dekat dengan kamu.

Jangan pernah merasa sombong dengan kelebihan yang Allah berikan kepada kamu sehingga sanggup menghina orang lain. Terima kasih kerana kamu telah pindahkan pahalamu kepada anak perempuan saya. Kamu tidak tahu asal usul anak perempuan saya. Bila kamu tahu, pastinya kamu akan menyesal seumur hidup kerana telah mencela anak yatim.

Anak angkat Jasmin yang dikenali sebagai Rohana atau Cicik dijaga oleh pelakon itu sejak Jasmin berumur 20 tahun. Selain Rohana, Jasmin juga mempunyai seorang anak angkat lain, Lukhman serta anak kandung, Ian Haziq.

Sumber: Jasmin Hamid via ohbulan