Anak Sahkan Pengasas Dnars Skincare, Faziani Rohban Kembali Ke Rahmatullah dalam kemalangan di Thailand.

Semasa

Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di Thailand pagi ini.

Perkara itu disahkan oleh anaknya, Iqbar Hakim menerusi akaun Instagramnya pagi ini.

 

View this post on Instagram

 

Tlong sedekah al fatihah Faziani Binti Rohban Ahmad

A post shared by HIGHRETURN MARKETER (@iqbar_hakim) on

Suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, cedera parah apabila kereta Toyota Estima dinaiki mereka terlibat kemalangan di Pattani kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Wanita berusia 40 tahun yang berasal dari Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu, Kelantan itu popular dengan produk kecantikan terutamanya di Pantai Timur.

Foto Ihsan Pembaca Astro AWANI

Foto Ihsan Pembaca Astro AWANI

sumber : Astro awani