Anak2 Sidek pulang kampung, warnakan sendiri mural wajah mereka depan rumah

Keluarga Tempatan

Siapa yang tidak mengenali anak-anak Sidek yang merupakan jaguh badminton Tanah Air apabila berjaya menjulang Piala Thomas sekitar tahun 1992.

Berasal daripada Banting Selangor, Datuk Misbun (Bun), Dato’ Razif (Ajib), Datuk Jailani (Alan), Abdul Rahman (Aman) dan Abdul Rashid (Adul) sememangnya nama-nama besar dalam arena badminton negara sehingga ke hari ini.

Balik Kampung

Susulan daripada itu, rumah keluarga mereka di Banting, Selangor telah menjadi tarikan di kawasan tersebut kerana berjaya melahirkan lagenda sukan Tanah Air.

Baru-baru ini,tular di media sosial memperlihatkan sebahagian daripada mereka balik  ke kampung dan sedang mewarnai mural wajah animasi mereka sendiri di halaman rumah keluarga.

Image

Image

Image

Image

Perkongsian daripada Twitter Info Kuala Langat telah berjaya mencuri perhatian warganet sehingga masing-masing meninggalkan komen yang pelbagai di muat naik tersebut.

Selain daripada posting di Twitter, Rashid Sidek turut berkongsi momen tersebut di Instagram rasminya sebagai kenang-kenangan.

 

View this post on Instagram

 

Balik kampung

A post shared by Rashid Sidek (@rashid_sidek) on

Sejak di muat naik ke Twitter,  gambar-gambar tersebut telah berjaya memperoleh ribuan tanda suka dan perkongsian semula di media sosial tersebut.

Masing-masing berasa teruja melihat karakter animasi wajah idola badminton itu di dinding dan diwarnakan sendiri oleh lagenda-lagenda tersebut.

 

Sumber: Info Kuala Langat, Rashid Sidek, OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.