Antara Selebriti Hadiahkan Kereta Mewah Buat Ibu & Ayah Tercinta!

Hiburan

Wah nampaknya sejak akhir-akhir ini ramai selebriti yang mengambil peluang menghadiahkan insan tersayang terutamanya ibu bapa dengan sebuah kereta.

MH akui sungguh terharu dan tumpang gembira melihat keikhlasan para selebriti ini memberi ganjaran buat ibu bapa mereka apabila mempunyai kesempatan seperti ini.

Terbaru MH ada melihat Hairul Azreen dan Hanis Zalikha ada menghadiahkan kereta pada ayah Hairul.
Nah, ini dia antara selebriti yang telah menghadiahkan kereta khas buat ibu dan ayah tercinta!

1. Fattah Amin

Image result for fattah amin hadiah kereta

Kereta Peugeot 408 e-THP Bernilai Rm150k

KUALA LUMPUR: Pengantin baharu, Fattah Amin, 27, yang merangkul trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 menerima hadiah kereta Peugeot 408 e-THP sebagai ganjaran kemenangannya di Balai Berita, di sini, hari ini.

Umpama hadiah perkahwinannya bersama pelakon, Nur Fazura Sharifuddin, di ibu negara, semalam, Fattah menerima kereta sedan premium bernilai RM150,000 itu daripada Pengurus Besar Kanan Nasim Sdn Bhd, Yasser Awan, dengan disaksikan Pengarang Eksekutif Berita, Rencana dan Digital BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Menurut pelakon Hero Seorang Cinderella itu, kenderaan berkenaan akan diberikan kepada ibu bapanya, Mohd Amin Muda, 50, dan Azizah Abdul Ghani, 47, yang turut hadir memeriahkan majlis terbabit.

Fattah juga berkata, hadiah kemenangannya itu adalah hasil sokongan peminat yang tidak berbelah bagi sejak awal menceburi industri seni hinggalah dirinya bergelar Bintang Paling Popular.

“Tanpa sokongan ramai, saya tidak mungkin berada di sini, malah selain keluarga, peminat antara tonggak yang menguatkan semangat saya untuk terus memberikan yang terbaik,” katanya.

Hadir sama, Pengarang Hiburan BH merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 3.0, Shamshul Azree Samshir dan Pengurus Besar Pemasaran The New Straits Times Press (NSTP), Farah Ezrin Mohd Mohd Rashidi.

Terdahulu, malam kemuncak ABPBH 3.0 yang disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), 14 Mei lalu, merekodkan lebih 15 juta capaian dalam pelbagai platform.

2. Shuib & Siti Sarah

Image result for shuib siti sarah hadiah kereta

Beberapa bulan yang lalu, pelawak terkenal, Shuib dalam laman Instagramnya ada memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan dia, dan isterinya Siti Sarah bersama ibunya dengan sebuah kereta yang dihias indah belon.

Difahamkan Shuib menghadiahkan sebuah kereta berwarna putih itu kepada ibunya sempena hari jadi wanita berkenaan pada 8 Disember yang lalu.

3. Janna Nick

PELAKON Janna Nick, 23, membuat kejutan dengan menghadiahkan ibunya kereta mewah Mercedes-Benz CLA 200 yang dianggarkan bernilai lebih RM230,000.

Image result for Janna Nick hadiah kereta Mercedes-Benz CLA 200

Pelakon dan penyanyi, Janna Nick, membuat kejutan dengan menghadiahkan ibunya sebuah kereta mewah sempena ulang tahun kelahiran ke-44 wanita itu, malam tadi.

Image result for Janna Nick hadiah kereta Mercedes-Benz CLA 200

Katanya, rezeki tidak putus yang diterima sepanjang tahun lalu adalah berkat doa keluarga dan peminat, sekali gus ingin berkongsi nikmat terbabit bersama insan paling istimewa dalam hidupnya.
“Hadiah ini tidak seberapa jika dibandingkan jasa dan pengorbanan mak menjaga kami adik-beradik tanpa mengharapkan sebarang balasan. Ia tanda terima kasih saya kepadanya.

“Tanpa restu dan sokongan mak yang sentiasa berada di belakang saya walau pada waktu sukar mahu pun senang, membolehkan saya terus melangkah jitu di arena seni ini,” katanya kepada BH.

Menerusi perkongsian video berdurasi 59 saat itu, Janna atau nama sebenarnya Nurul Janna Muner, 23, dalam nada sebak meluahkan penghargaan serta ucapan khas buat wanita istimewa dalam hidupnya, yang dikenali sebagai Shasha atau Mama Scha.

“Tiada perkara lain yang mampu membuatkan saya gembira selain melihat kebahagiaan dan kegembiraan insan yang paling saya sayang.

“Apa saja yang Angah buat dalam dunia ini semuanya adalah untuk mak, bukan untuk orang lain atau sesiapa pun sebab Angah sayangkan mak.

“Angah tak tahu apa yang Angah nak buat dalam dunia ini kalau mak tiada. Semoga mak gembira selalu, panjang umur dan sihat sentiasa,” katanya menerusi video di Instagram.

Perkongsiannya itu mengundang maklum balas lebih 1,100 komen dan video terbabit juga ditonton lebih 566,000 kali.

Terdahulu, adik Janna, Nurul Balqis, 15, dilihat menyerahkan kunci kereta kepada ibu mereka yang tampak terkejut dan menitiskan air mata saat menerima hadiah berkenaan.

Daripada video terbabit, jelas kelihatan kereta mewah rona hitam itu dihiasi riben kuning gergasi pada pemegang pintu bahagian penumpang di sebelah pemandu.

Rata-rata peminat turut mengucapkan selamat hari jadi kepada wanita berkenaan, selain memuji kejelitaannya.

4. Hairul Azreen & Hanis Zalikha

Selain kerete diatas hairul juga pernah hadiahkan kereta dibawah

“Terima kasih mak abah”

Image result for hairul azreen hadiah kereta

Sweet kan Hairul bagi hadiah kat mak dia? Bagi Hairul hadiah yang diberi ni pun takkan terbanding pengorbanan ibu menjaga Hairul dari kecil ke besar.

Hadiah terakhir sebelum saya kahwin kepada mak tercinta, terima kasih mak abah jaga Fendi dgn baik selama 27tahun ini tak terbalas jasa & pengorbanan mak abah #SayaHanyaPerlukanDoaMakAbah @habsahdesa

 

5. Emma Maembong

Image result for emma maembong hadiah kereta

Emma Maembong menghadiahkan ayahnya sebuah kereta jenama Mercedes sempena ulang tahun kelahiran Ismail Embong.

“Dari kecik kawan2 mesti cerita “ayah aku CEO” “ayah aku kerja besar” ayah kau Emma cuma pelukis je. Boleh hidup ke? Kau pulak tak sekolah macam mana nak jaga ayah kau.

“Dari umur 15 dah mula bekerja untuk bantu ayoh. Belajar membaca sendiri, belajar erti hidup. Bila kita berjalan banyak benda perlu belajar sendiri.

“Banyak cabaran dan dugaan tapi apa2 pon yang jadi usaha paling penting. And this is for you ayoh. Thank you sebab jaga Tima dengan baik.

“Dari kecik sampai besar. Tima cuma nak ayoh dan mama bangga dengan Tima. Hope you like. Love you so much ayoh,” kata Emma menerusi posting di laman Instagram miliknya.

Rata-rata rakan selebriti dan peminatnya turut meluahkan rasa gembira dan bangga atas kesungguhan serta pengorbanan pelakon berusia 26 tahun itu untuk membalas jasa bapanya.

6. Aedy Ashraf

Aedy Ashraf telah membuat kejutan yang sangat ‘mewah’ kepada ibunya iaitu sebuah kereta Volkswagen sebagai hadiah. Ibunya kelihatan terkejut dan menangis kegembiraan kerana terharu dengan kejutan tersebut.

Aedy turut menulis bait-bait indah yang meminta maaf kerana tidak dapat menghadiahkan segulung ijazah, namun menggantikannya dengan sebuah kereta. Semua momen tersebut dikongsi di laman Instagramnya

7. Wany Hasrita 

Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31, Wany Hasrita telah menerima kereta Citroen C4 Picasso L2 sebagai ganjaran kemenangannya namun telah menghadiahkan kenderaan tersebut buat ibu tersayang, Norita Jaafar. 

Wany berkata, kemenangannya pada malam kemuncak ABPBH 31 lalu lebih bermakna apabila dapat berkongsi kegembiraan itu bersama insan yang banyak berjasa membesarkannya selama ini.

8. Wani  Kyrie

Bersempena ulangtahun ke-40, penyanyi Wani Kayrie telah membuat kejutan apabila menghadiahkan sebuah kereta jenis Honda BRV kepada ibu tercintanya, Kay Sabah.

Wani menerusi Instagramnya memberitahu dia membeli kereta itu hasil daripada rezekinya dalam bidang nyanyian dan memilih Honda BRV yang menjadi pilihan ibunya. 

“Alhamdulillah. Tahun ini ada rezeki lebih kita hadiahkan Mama kereta yang dia nak. Selamat hari jadi Mama @kaysabah. Harap Mama suka dengan hadiah daripada kami! 

 

sumber: BH,Sinar,UTUSAN / Metro RAP

 

kredit : https://kisahrumahtangga.net