‘Aurora permata hati saya’- Ibu

Keluarga Tempatan Viral

Port Dickson: Hati ibu bapa mana yang tidak terus1k apabila anak sulung yang dinantikan lah1r dalam keadaan tidak sempurna.

Itulah yang berlaku kepada pasangan suami isteri apabila anak sulung mereka, Nur Nia Aurora Muizzudin yang kini berusia 28 hari dilah1rkan dalam keadaan c4cat fiz1kal.

Aurora lah1r dalam keadaan tak sempurna

Ibunya, Norfaziera Nor Azman, 26, berkata, Aurora dilah1rkan di Hospital Port Dickson (HPD) dalam keadaan tangan kanan pendek dan hanya ada dua jari, telinga kanan tidak sempurna, tvlang belakang di sebelah atas tidak bercantum dan lelangit svmbing.

“Selepas proses bersalin selesai, saya dibawa ke wad bersalin tetapi tidak keluar dengan anak kerana dia memerlukan pemeriksaan lanjutan akibat masalah dihadapinya itu.

“Kemudian baru doktor beritahu anak saya ada masalah tangan dan telinga tidak sempurna atau lebih tepat ia c4cat.

“Ketika itu hanya Tuhan yang tahu betapa sedihnya saya sehingga mengambil masa beberapa jam kemudian untuk melihat keadaan Aurora di wad kanak-kanak,” katanya ketika ditemui di rumahnya keluarganya di Ladang Sengkang, Pasir Panjang, Port Dickson.

Katanya, Aurora sepatutnya lah1r pada 30 Januari tetapi cepat dua minggu dengan berat dua kilogram ketika dilah1rkan secara normal.

“Selepas itu baru saya dimaklumkan lelangit anak juga svmbing dan tvlang belakang sebelah atas tidak bercantum menyebabkan dia terpaksa menerima rawatan berkala untuk dinilai dan tindakan seterusnya.

“Bagi saya apa pun keadaannya, saya terima itu sebagai ujian Allah dan amat menyayanginya kerana dia adalah permata sulung saya bersama suami, Muizzudin Mohd Nizam, 26, yang bekerja di kilang yang sama di Seremban,” katanya tenang.

AURORA bersama ibunya, Norfaziera ketika ditemui di rumah keluarganya di Ladang Sengkang, Pasir Panjang, Port Dickson. FOTO Mohd Khidir Zakaria

Norfaziera berkata, doktor banyak memberi nasihat agar saya terima kenyataan yang anak saya tidak sempurna fiz1kal.

“Memang saya dan suami memerlukan masa juga selepas beberapa hari menjaganya, saya dapat rasakan dia bertuah dilah1rkan sebagai ‘anak syurga’ dan Aurora tidak putus-putus dilawati orang ramai termasuk pemimpin masyarakat dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Linggi, Datuk Abdul Rahman Mohd Redza,” katanya.

Masih buat temujanji pakar

Katanya, dia yang masih berpantang di rumah keluarga di Ladang Sengkang, Pasir Panjang. Sementara itu, Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (PERKASIH N9), Salina Nadzir berkata, pihaknya datang melawat dan cuba mendapatkan bentuk bantuan yang perlu diberikan kepada pasangan yang bekerja di sebuah kilang di Seremban.

“Buat masa ini kami difahamkan mereka masih membawa anak mereka dengan temujanji berjumpa doktor pakar di HPD untuk tindakan selanjutnya yang mana dalam masa terdekat berjumpa dengan doktor pakar tvlang pada 24 Februari ini di HPD.

“Semua masih dalam proses kajian dan pemeriksaan kerana Aurora masih bayi lagi, namun mereka bersedia jika anak mereka perlu dilakukan pembed4han bagi membetulkan tvlang belakang yang bengk0k dan lelangit yang svmbing,” katanya.

Salina berkata, orang ramai yang mahu meringankan beban keluarga ini bolehlah terus menyumbang ke akaun CIMB 7631958020 atas nama Norfaziera Nor Azman.

 

Sumber: HMetro

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.