“Badan saya masih berasa sakit dan pening kepala” – Pengawal Keselamatan Bakal Saman Lan Pet Pet?

Hiburan

Seorang pelawak telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas bertindak biadap dengan memukul seorang pegawal keselamatan berusia 70 tahun di Acacia Park Desa Jati Nilai Negeri Sembilan. Insiden itu telah mengakibatkan mangsa Yahya Manaf mengalami kecederaan di bahagian muka dan trauma.

Bagaimanapun, menerusi laporan Metro, Yahya Manaf berhasrat mengambil keputusan untuk saman pelawak terbabit.

 

Badan saya masih sakit dan pening

Pegawal keselamatan berusia 70 tahun ini berkata insiden pada malam tersebut bukan sahaja dia mengalami kecederaan pada bahagian muka malah, dia turut trauma berikutan kejadian itu. Difahamkan pelawak itu turut menumbuk dan menyepak mangsa.

Sehingga hari ini, badan saya masih berasa sakit dan pening kepala kerana sukar tidur. Pemikiran saya kusut dan tidak dapat berfikir dengan baik. Saya hanya berehat dan makan ubat. Mujur ada isteri dan anak yang menjaga saya di rumah.

Dia turut diberi cuti sakit selama tiga hari oleh pihak Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) kerana kecederaan dialaminya. Tambahnya, dia akan mendapatkan rawatan susulan sekiranya keadaan kesihatannya makin teruk.

Mungkin akan ambil tindakan saman

Beri saya masa untuk rehat dan tenangkan fikiran dahulu. Saya belum bersedia jumpa dia. Perbuatan dia, saya boleh maafkan, tapi kesan akibat perbuatannya itu masih terasa sehingga hari ini. Saya mungkin akan ambil tindakan saman tapi bergantung kepada keputusan keluarga.

Mangsa masih tidak menerima sebarang permohonan maaf sama ada dari pelawak tersebut mahupun mana-mana wakil. Yahya Manaf  mengalami kecederaan pada hidung dan bengkak di muka serta sakit di bahagian pinggang dan lutut akibat tindakan pelawak itu.

Sementara itu, pihak polis telah menahan artis tersebut petang semalam untuk siasatan. Namun, hari ini menurut laporan Harian Metro, artis berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar, arahan pembebasan artis tersebut adalah atas arahan mahkamah selepas pihak polis membuat permohonan untuk mendapatkan perintah reman pagi ini.

Kita (polis) bawa lelaki itu ke mahkamah untuk memohon perintah reman, namun mahkamah memerintahkan untuk dia dibebaskan dengan jamin. Bagaimanapun, kita masih meneruskan siasatan.

Pagi tadi, artis lelaki berkenaan yang memakai kemeja biru telah dibawa dengan trak polis ke Kompleks Mahkamah Seremban dan dibawa masuk ke Mahkamah Khas Reman untuk mendapatkan permohonan reman.

Semalam, artis berkenaan bertindak memukul dan menumbuk seorang pengawal keselamatan yang berusia 70 tahun. Mangsa mengalami kecederaan pada hidung, bengkak di muka dan sakit di bahagian pinggang serta lutut.

Sumber: Harian Metro