“Bangga Koi Jadi Rakyat Pahang”- Dalam Perjalanan Mesyuarat, Agong Cemar Duli Bantu Mangsa Eksiden

Santai

Jika beberapa hari lalu tular di media sosial rakaman Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah beratur membeli makanan di sebuah restoran makanan segera, hari ini baginda sekali lagi menarik perhatian rakyat Malaysia.

Yang di-Pertuan Agong cemar duli bantu mangsa kemalangan

Kali ini baginda telah mencemar duli turun dari kenderaan rasmi untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan jalan raya di Putrajaya, pada Rabu.

Difahamkan, Seri Paduka Baginda Tuanku dalam perjalanan ke Mesyuarat Pra Kabinet bersama Perdana Menteri di Istana Melawati, Putrajaya.

 

View this post on Instagram

 

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkesempatan turun dari kenderaan rasmi Baginda untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan jalan raya di kawasan Putrajaya. Alhamdulillah pemandu kereta terbabit, Puan Jasliza Jamil tidak mengalami kecederaan yang serius. Seri Paduka Baginda Tuanku kemudiannya meneruskan perjalanan ke Mesyuarat Pra Kabinet bersama YAB Perdana Menteri di Istana Melawati, Putrajaya. Daulat Tuanku. . His Majesty Seri Paduka Baginda The Yang di-Pertuan Agong this morning extended a helping hand to a traffic accident victim in Putrajaya. His Majesty was on his journey to Istana Melawati, Putrajaya for a pre-cabinet meeting with YAB Prime Minister when the motorcade stumbled upon the accident. Fortunately, the driver Puan Jasliza Jamil suffered only minor injuries.

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on

Mangsa kemalangan juga, yang juga dikenali sebagai Jasliza Jamil bagaimanapun tidak mengalami kecederaan yang serius.

Selepas selesai membantu mangsa, baginda terus menyambung perjalanan ke Mesyuarat Pra Kabinet.

Rakaman foto baginda turun dari kenderaan rasmi untuk membantu mangsa itu turut dimuat naik di laman sosial Instagram Istana Negara.

Rata-rata rakyat Malaysia kagum dengan sifat baginda yang sangat mesra dengan rakyat jelata.

sumber : Astro awani