Bapa Kanak-Kanak Pandu Treler Direm4n Dua Hari – Polis

Semasa Tempatan

SEREMBAN, 8 Sept (Bernama) — Bapa kepada seorang kanak-kanak lelaki yang tular di aplikasi WhatsApp kerana membenarkan anaknya berusia 11 tahun memandu treler, direm4n dua hari bermula hari ini bagi membantu sias4tan.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim, dalam kenyataan ringkas di sini, hari ini, berkata lelaki berusia 39 tahun itu dit4han semalam oleh anggota polis di Rantau, dekat sini.

Katanya, kes berkenaan disias4t mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Semalam, tular sebuah rakaman video di aplikasi WhatsApp, yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki b4wah umur sedang memandu sebuah treler jenis Hino.

Selepas Budak Bawa Kereta, Tular Video Aksi Kanak-Kanak Bawa Lori Pula Dipercayai Di Seremban

Bapa kanak-kanak pandu lori tangki direman

Terdahulu, Setelah tular video kanak-kanak berusia sembilan tahun diburu polis kerana memandu kereta, kali ini bapa kepada seorang kanak-kanak lain pula diburu polis gara-gara memandu lori treler.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohd Said Bin Ibrahim, pihak polis kini sedang mengesan bapa dan kanak-kanak berkenaan bagi membantu si4satan.

“Hasil semakan lanjut mendapati kejadian tersebut adalah berlaku di kawasan Rantau, Seremban.

“Oleh yang demikian, satu laporan polis telah diterima berkait video yang tular itu kerana bapa kanak-kanak tersebut dengan cuai membiarkan anak bawah umur memandu lori treler,” katanya.

Si4satan masih diteruskan di bawah seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Semalam, sekitar jam 4.41 petang, tular video melalui aplikasi Whatsapp berdurasi 1.18 minit menunjukkan seorang kanak-kanak bawah umur memandu lori treler jenis HINO.

 

Sumber: BERNAMA, Siakap keli, Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, Youtube

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.