Baru Puas! Setelah TV3 Teruk Di Kritik Mic Rosak, Ini ‘Full Version’ Persembahan Anta Permana Dari Datuk Siti.

Hiburan

Kemunculan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendendangkan lagu Anta Permana bersama Bob Yusof di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34, menggegarkan Stadium Axiata Arena, sebentar tadi.

Tampil pada pertengahan lagu, kehadiran Siti mengimbau nostalgia ketika bertanding pada anugerah berprestij ini. Kali terakhir Siti bertanding menerusi lagu Destinasi Cinta pada AJL22.

Mendapat tepukan gemuruh penonton di stadium, kehadiran Siti akhirnya menjawab spekulasi mengenai kemungkinan beraksi mempertaruhkan lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong itu.

Sebelum ini, Siti dilaporkan masih belum membuat keputusan untuk muncul di AJL34, malah memberi sokongan kepada Bob menggantikannya. Siti juga tidak menghalang komposer mempertandingkan lagu berkenaan, biarpun tidak lagi bersaing di pentas AJL.

PERSEMBAHAN Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Bob Yusof pada Anugerah Juara Lagu Ke-34 yang diadakan di Stadium Axiata Arena. – Foto Eizairi Shamsudin

“Memang ramai yang minta dan memujuk saya menyanyikan lagu Anta Permana pada AJL34, termasuk Bob dan penciptanya, Hael Husaini. Mereka siap berdoa supaya dibukakan hati.

 

Kemarahan Peminat Datuk Siti Yang Menonton Di Rumah

Persembahan semalam juga menjadi trending di twitter apabila kejutan yang dilakukan tidak berhasil kerana mic yang dibawa Siti seakan rosak ketika part permulaan lagu dibawa tidak kedengaran

Demikian itu kritikan membanjiri media sosial TV3 kerana masalah teknikal ini. Rupanya penonton di Auditorium mendengar dengan jelas namun tidak yang melihat secara langsung melalui TV atau youtube di rumah.

Bagi mengubat kerinduan TV3 telah berkongsi video tersebut di channel Youtube mereka. Jom dengar semula baru la tak sakit hati!

sumber : Tv3 Official youtube/Bharian