‘Basikal bukan gol0ngan yang patut berada di atas jalan raya’- JPJ Akan Kaji ‘Trend’ Berbasikal Atas Jalan Raya Dengan PDRM

Semasa Tempatan

Sejak kebelakangan ini, ‘trend’ berbasikal pada hujung minggu dan ditempat riadah semakin mendapat sambutan. Pun begitu, aktiviti ini sebenarnya boleh memb4hayakan pengayuh dan juga pengguna jalan raya lain jika tidak kena dengan caranya.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memandang serius isu aktiviti berbasikal di jalan raya yang dikhu4tiri memb4hayakan pengayuh dan pengguna kenderaan lain yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

JPJ tunggu lampu hijau, kuat kuasa CRS | Nasional | Berita Harian

Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata pihaknya akan mengkaji isu berkenaan bersama pihak berkuasa berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia bagi mendapatkan penyelesaian terbaik dalam menjaga kesel4matan semua pengguna jalan raya termasuk mereka yang berbasikal.

Dalam konteks undang-undang, basikal bukan gol0ngan yang patut berada di atas jalan raya yang dikenakan cukai jalan.”

“Bagaimanapun, tiada undang-undang khusus basikal di bawah Akta Pengangkutan Jalan yang boleh dikuatku4sakan dan JPJ akan bekerjasama dengan agensi lain untuk selaraskannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Perasmian Pusat Kawalan Penguatkuasa Lebuhraya (UPLR) JPJ di bangunan penyeliaan Plaza Tol (Lama) Jelapang di Km 268 Lebuhraya Utara Selatan di sini hari ini.

Beliau berkata JPJ akan mengambil langkah kesel4matan dengan memberi advokasi pendidikan kepada pengguna basikal dalam konteks menggunakan jalan raya secara berhemah memandangkan semakin banyak aktiviti basikal di jalan raya sejak akhir-akhir ini.

JPJ pandang serius isu berbasikal di lokasi tidak sepatutnya

Semalam, tular gambar sekumpulan individu yang berbasikal di laluan bertingkat (flyover) Rasah Kemayan menuju ke Seremban Gateway, Negeri Sembilan yang menimbulkan kerisauan orang ramai berikutan persekitaran yang tidak selamat untuk aktiviti itu.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, JPJ turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bagi meningkatkan aspek kesel4matan di lebuh raya kendaliannya.

Shaharuddin berkata pemeteraian itu membolehkan kedua-dua pihak menjalankan inisiatif dan memperkukuh kerjasama strategik melibatkan operasi dan pelaksanaan penguatkuasaan di lebuh raya PLUS.

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi PLUS Zakaria Ahmad Zabidi dan Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia Datuk Ir Mohd Shuhaimi Hassan.

Menurutnya, UPLR yang dirasmikan hari ini telah beroperasi mulai 1 Julai lepas sebagai pusat mengawal selia segala aktiviti UPLR yang melibatkan empat zon penguatkuasaan utama iaitu Stesen Penguatkuasa Lebuhraya JPJ di Hentian Rehat dan Rawat di Dengkil, Selangor; di Gunung Semanggol, Perak; di Pagoh, Johor; dan Paka, Terengganu masing-masing arah selatan.

Katanya, sejak diwujudkan secara berperingkat bermula 2018, UPLR berupaya mengurangkan kesalahan jalan raya antaranya tiada lesen memandu, cukai jalan, menggunakan lorong kecemasan, menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan kenderaan membawa lebih muatan.

Kayuh Basikal Di Lebuhraya Cetus Kemar4han Netizen

Terdahulu, tular di laman Facebook, Info Roadblock JPJ/Polis telah memuat naik dua gambar yang memaparkan sekumpulan individu berbasikal di lebuhraya.

Perk0ngsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dengan rata-rata mengec4m tind4kan mereka yang dianggap tidak sayang ny4wa dan memb4hayakan pengguna jalan raya lain.



Gambar tesebut memaparkan beberapa individu mengenakan pemakaian jaket jenis hi-vis bagi kelihatan lebih jelas oleh pengguna jalan raya lain ketika membuat kayuhan.

Ada juga yang menyamakan mereka yang berbasikal ini dengan geng basikal lajak kerana meskipun berlainan peringkat umur namun kedua-duanya tetap memb4hayakan ny4wa termasuk pengguna jalan raya lain apabila melakukan aktiviti di lebuhraya.

 

Sumber: BERNAMA, Motomalaya

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.