Najib puji insentif latihan amali, elaun nelayan ditambah.. DAP tanya mana peruntvkan sekolah vernakular

Semasa Tempatan

Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyambut baik Belanjawan Negara 2021 yang menyediakan insentif kepada mana-mana majikan swasta yang mengambil graduan universiti untuk menyertai program perantisan.

Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak berkata, usaha itu sangat dipuji bagi menggalakkan majikan swasta terus melatih graduan dalam sektor pekerjaan.

Najib puji insentif latihan amali, elaun nelayan ditambah

“Ini bagus! Majikan akan diberi insentif bulanan RM1,000 untuk setiap graduan baru yang mereka ambil bekerja selama tiga bulan untuk latihan amali,” katanya dalam hantaran terbaharu di Facebook miliknya, hari ini.

Ini bagus! 👍

Majikan akan diberi insentif bulanan RM1,000 untuk setiap graduan baru yang mereka ambil bekerja selama…

Posted by Najib Razak on Friday, November 6, 2020

Beliau mengulas Belanjawan Negara 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat, hari ini.

Di bawah Pembangunan Belia dan Sukan, kerajaan menyediakan insentif kepada majikan swasta sebanyak RM1,000 sebulan sehingga tiga bulan bagi setiap graduan baharu yang menyertai program perantisan.

Sebagai tambahan, majikan juga boleh menvntut geran sehingga RM4,000 untuk program latihan bagi perantis tersebut.

Program itu dijangka memanfaatkan sehingga 50,000 graduan baharu dengan pervntukan RM250 juta.

Sementara itu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan menyambut baik langkah Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang menambah kadar elaun bulanan kepada komuniti nelayan yang pernah dilakukan Kerajaan BN sebelum ini.

“Alhamdulillah…Elaun bulanan untuk nelayan akhirnya dipulihkan ke RM300 seperti masa BN setelah dipotong Pakatan Harapan (PH),” katanya lagi. MG

Turut ucap terima kasih kepada syarikat-syarikat sarung tangan bantu Kerajaan

Terima kasih!
Syarikat-syarikat sarung tangan diberi pelbagai bantuan, sokongan dan insentif untuk terus berkembang dan menguasai pasaran dunia.
Masa senang, ianya tanggung jawab untuk membantu yang susah.Jasa syarikat-syarikat sarung tangan membantu Rakyat negara sendiri akan dikenang dan dihargai.

Terima kasih!

Syarikat-syarikat sarung tangan diberi pelbagai bantuan, sokongan dan insentif untuk terus berkembang dan…

Posted by Najib Razak on Friday, November 6, 2020

DAP tanya kenapa tiada pervntukan untuk sekolah tidak berperlembagaan

Dalam pada itu, Ahli parlimen pemb4ngkang mempersoalkan Belanjawan 2021 yang menurut mereka meminggirkan sekolah vernakular.

Ahli parlimen DAP mengec4m kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana tidak pervntukan dana untuk Sekolah Menengah Persendirian Cina dalam Belanjawan 2021, yang dibentangkan di Dewan Rakyat, petang tadi.

Dalam satu kenyataan, Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, semasa era Pakatan Harapan, Sekolah Menengah Persendirian Cina pervntukan RM12 juta pada tahun 2019 dan dana tersebut meningkat kepada RM15 juta di bawah Belanjawan 2020.

Khoo Poay Tiong | roketkini.com

Namun, Khoo, yang menyentuh Belanjawan 2021 hari ini, berkata bahawa tidak satu sen pun akan masuk kepada 60 Sekolah Menengah Persendirian Cina di negara ini dan jelas bahawa PN tidak menghormati sekolah-sekolah vernakular.

Sambil menyatakan kekes4lannya atas kejadian itu, Khoo mengkritik MCA dan meminta presidennya, Wee Ka Siong untuk menjelaskan kepada masyarakat Cina bagaimana sekolah-sekolah yang sama-sama dil4nda C0vid-19, akan mengalami nasib semasa kejatvhan ekonomi kerana w4bak tersebut.

“Usaha Pakatan Harapan sekali lagi s1a-s1a. Di manakah kehendak MCA untuk mel1ndungi pendidikan Cina dan Sekolah Menengah Persendirian Cina?” soalnya.

Teo: Ministry to call for fresh tender to replace 1BestariNet service | The Edge Markets

Sementara itu, bekas timbalan menteri pendidikan Teo Nie Ching juga menggunakan media sosial untuk menyatakan kekec3waannya terhadap perkembangan tersebut.

“Pervntukan untuk Sekolah Menengah Persendirian Cina akan menjadi sejarah setelah kejatvhan kerajaan Pakatan Harapan,” katanya.

Manakala, Exco Kerajaan Negeri Selangor, V Ganabatirau (gambar atas) meminta kerajaan PN supaya mempert1mbangkan semula pervntukan khas kepada sekolah vernakular.

Ini selepas tiada pervntukan khas bagi sekolah jenis Tamil disebutkan dalam ucapan belanjawan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz hari ini.

“Sebelum ini sejak 2013, tiap-tiap tahun SJKT dan SJKC dapat pervntukan khas RM50 juta masing-masing.

“Kali ini, PN umum RM800 juta secara am untuk semua sekolah. Jadi, kemungkinan sekolah vernakular tidak akan ada keutamaan.

“Kerajaan PN perlu pert1mbangkan semula pervntukan khas dalam RM800 juta ini,”

Dilaporkan bahawa kerajaan PN akan mempervntukan RM50.4 bilion untuk kementerian pendidikan, yang menyumbang 15.6 peratus dari belanjawan.

 

Sumber: MG, Malaysiakini

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.