“Sakai ..Artis Sendu ” -Belasah Pengawal Keselamatan 70 Tahun, IG Lan Pet -Pet Terus Di Serang ‘ Bawang Rangers’

Hiburan Semasa

Seorang lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan cedera selepas ditumbuk tiga kali pada bahagian muka oleh seorang artis lelaki Sabtu lalu.

Menerusi laporan media tempatan, pengawal keselamatan berusia 68 tahun itu dicederakan ketika sedang bertugas mengawal kawasan perumahan di Taman Acacia Desa Jati, Nilai, Negeri Sembilan oleh seorang artis lelaki yang pernah menjadi anggota sebuah kumpulan lawak.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8 malam, artis lelaki berusia 49 tahun yang berasal dari Kedah itu memandu Proton Perdana berwarna hitam dan dilaporkan memasuki pagar pengawal keselamatan kawasan kediaman berkenaan tanpa kebenaran.

Image may contain: 1 person, standing
Menerusi laporan BH Online, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, susulan itu pengawal keselamatan kemudian bertindak menutup palang laluan keluar pos keselamatan dan mengejar kenderaan yang dipandu artis lelaki berkenaan.

“Selang beberapa minit selepas itu, kereta artis berkenaan melalui semula pos pengawal keselamatan untuk keluar dari kawasan perumahan berkenaan, namun terhenti akibat laluan keluar ditutup dengan palang.

“Berkemungkinan kerana berang kenderaannya dihalang, artis lelaki itu keluar dari kereta sebelum menuju ke arah pengawal keselamatan dan berlaku pertengkaran,” katanya.

Tambahnya, tidak lama selepas itu, artis itu menumbuk muka pengawal keselamatan terbabit sebanyak tiga kali hingga menyebabkan mangsa lebam di bahagian mata kanan serta sakit pada batang hidung.

“Artis berkenaan turut dilaporkan menendang pinggang pengawal keselamatan selain mengambil batu bata di tepi laluan keluar dan membaling ke arah pengawal keselamatan itu, namun dapat dielaknya.

“Selain itu, pengawal dalam laporannya pagi tadi, turut mendakwa artis berkenaan meminta dia berjaga-jaga kerana hanya bertugas sebagai pengawal keselamatan dan bukannya polis,” katanya.

 

“ Mangsa membuat laporan polis dan mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS). Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan.

Image may contain: one or more people and people sitting

Walaupun laporan media tempatan tidak mendedahkan dan menyebut nama artis lelaki yang terlibat, netizen mula membuat andaian sendiri.

Menerusi pemerhatian Gempak, warganet telah mula ‘menyerang’ akaun Instagram milik pelawak Lan Pet Pet.

 

Belasah orang tua..

Pantas Bawang Rangers Sekelian!

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah Tahniah buat Pemain BolaSepak Harimau Malaya 🇲🇾dan Penyokong. . Semoga Suzuki Cup milik kita 💪🏼 Berkat Selamat.

A post shared by Lanpetpet (@lanpetpet) on

LAN PET -PET DI REMAN – warta Daily

 

REMAN…. Seorang artis lelaki yang ditahan selepas dipercayai menumbuk seorang pengawal keselamatan di Acacia Park Desa Jati, Nilai, Negeri Sembilan, akan di reman pagi ini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar, berkata

artis itu yang juga pernah menganggotai sebuah kumpulan pelawak akan ditempatkan di lokap Balai Polis Mantin malam ini untuk direman.

“SAYA SAHKAN ARTIS BERKENAAN SUDAH DITANGKAP DAN AKAN DIREMAN ESOK,” KATANYA.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, artis berusia 49 tahun berasal dari Kedah yang memandu kereta jenis Proton Perdana berwarna hitam, dilaporkan memasuki pagar pengawal keselamatan kawasan kediaman berkenaan tanpa kebenaran.

Mohd Nor Marzukee dilaporkan berkata susulan itu pengawal keselamatan kemudian bertindak menutup palang laluan keluar pos keselamatan dan mengejar kenderaan yang dipandu artis lelaki berkenaan.

“SELANG BEBERAPA MINIT SELEPAS ITU, KERETA ARTIS BERKENAAN MELALUI SEMULA POS PENGAWAL KESELAMATAN UNTUK KELUAR DARI KAWASAN PERUMAHAN BERKENAAN, NAMUN TERHENTI AKIBAT LALUAN KELUAR DITUTUP DENGAN PALANG.

“Berkemungkinan kerana berang kenderaannya dihalang, artis lelaki itu keluar dari kereta sebelum menuju ke arah pengawal keselamatan dan berlaku pertengkaran,” katanya. – WD MY

 

Anak pakcik pengawal keselamatan sudah bersuara

 

 

Kes di maklumkan di bawah siasatan pihak polis. Diminta tiada siapa yang bertindak di luar kawalan. Serahkan saja kes ini kepada pihak bertanggungjawab.

 

Sumber : astro gempak/warta daily / BH