Bella Dally berbasikal langg4r PKPB rentas negeri, kant0i dengan polis sebab ‘upload’ di IG

Hiburan Semasa Tempatan

Umum sedia maklum mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor sejak 14 hingga 27 Oktober ini.

Jadi sebarang pergerakkan untuk merentas negeri hanya boleh dilakukan atas kebenaran pihak berkuasa.

Namun begitu, seorang pelakon wanita bersama rakannya did4kwa telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, semalam bagi membantu siasatan.

Dit4han pihak polis

Menerusi maklumat dikongsi seorang wartawan Mohd Redzuan Abdul Manap di laman Twitter, pelakon tersebut merupakan Bella Dally yang didapati berbasikal ke Genting Sempah bersama rakannya semasa PKPB dilaksanakan di Lembah Klang.

Kes pelakon Bella Dally mengayuh basikal ke Genting Sempah, Bentong semasa PKPB dilaksanakan di Lembah Klang ketika ini.

“Polis IPD Gombak sahkan pelakon itu dit4han semalam dan diambil keterangan sebelum dilepas dengan jaminan,” tulis Mohd Redzuan.

Sudah beri keterangan & dibebaskan dengan jaminan

Walau bagaimanapun, pihak polis memaklumkan pelakon tersebut sudah dipanggil dan memberi keterangan berhubung kes tersebut. Bella juga telah dibebaskan dengan jaminan pihak polis.

Muat naik gambar di IG

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata tangkapan dibuat susulan laporan oleh pihak polis selepas ternampak satu posting di Instagram.

Padah Kayuh Basikal Ke Genting Sempah, Bella Dally Ditahan Polis Ingkar PKPB 4

“Laporan polis dibuat Ketua Balai Polis Gombak pada jam 3.14 petang, semalam selepas meneliti gambar dua wanita sedang berbasikal di akaun Instagram mengguna nama ‘belladally’ dengan kapsyen ‘Woohoo Genting Sempah with @diyanabana’.

“Kita mengesyaki pemilik akaun Instagram itu merentas negeri tanpa kebenaran polis,” katanya.

Padah Kayuh Basikal Ke Genting Sempah, Bella Dally Ditahan Polis Ingkar PKPB 5

Siasatan mendapati kedua-dua wanita itu menaiki kenderaan dengan membawa basikal masing-masing dari Dutamas ke Restoran Marina Seafood berhampiran Hospital Orang Asli Gombak, kira-kira jam 7.45 pagi, Ahad lalu.

Mereka mula berbasikal pada jam 8.30 pagi melalui jalan Gombak lama menghala ke Genting Sempah sebelum mengayuh sejauh 10 kilometer dan berpatah balik ke kenderaan untuk kembali ke Kuala Lumpur.

Sehubungan dengan itu, polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPB yang dikuatkuasakan bagi memastikan rantaian jangkitan Covid-19 dapat diputuskan dengan segera.

 

Sumber: Mohd Redzuan Abdul Manap , Berita Harian (Nor Azizah Mokhtar), OMM, Instagram

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.