Berbelas Tahun Kawan Baik, Gadis Ini Sampai Jod0hkan Abang Dengan BFF Sendiri

Keluarga Tempatan Viral

Kebiasaannya kita mesti akan ada kawan baik atau ‘Best Friend Forever’ (BFF). Ada yang tidak kekal lama kerana terpisah selepas tamat persekolahan atau sebagainya, tetapi ada juga yang tetap bersama walaupun sibuk dengan kehidupan dan tanggungjawab masing-masing.

Pinang kawan baik sendiri jadi kakak ipar

Seperti yang tular baru-baru ini, seorang pengguna TikTok @airahmaan_ telah meminang kawan baik sendiri untuk menjadi kakak iparnya.

https://www.tiktok.com/@airahmaan_/video/6954512261968907522?referer_url=https%3A%2F%2Fwww.buzzkini.com%2Ftrending%2F2021%2F05%2F06%2Fberbelas-tahun-kawan-baik-gadis-ini-sampai-jodohkan-abang-dengan-bff-sendiri%2F&referer_video_id=6954512261968907522&refer=embed&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Menurutnya, dia dan rakannya itu telah berkawan baik selama belasan tahun. Mungkin disebabkan rasa sayang tak berbelah bahagi, dia sampai menyatukan abangnya yang ‘single’ dengan kawan baiknya itu sendiri.

Ternyata hubungan mereka berjalan dengan baik sehingga akhirnya mengikat tali pertunangan.

Gadis itu ternyata amat bersyukur dan gembira kerana rakan baiknya itu akan menjadi ahli keluarganya tak lama lagi.

Di video yang lain, dia juga telah berkongsi momen keluarganya datang ke majlis pertunangan kedua-dua pasangan itu.

https://www.tiktok.com/@airahmaan_/video/6954936020043369730?referer_url=https%3A%2F%2Fwww.buzzkini.com%2Ftrending%2F2021%2F05%2F06%2Fberbelas-tahun-kawan-baik-gadis-ini-sampai-jodohkan-abang-dengan-bff-sendiri%2F&referer_video_id=6954512261968907522&refer=embed&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Jarang BFF pinang untuk keluarga sendiri

Menjengah ke ruangan komen, ada yang berpendapat jarang-jarang berlaku kawan baik akan menyatukan ahli keluarga dengan rakannya sendiri. Ada juga yang berkata kisah ini sama seperti cerita-cerita di novel.

“Macam dalam Wattpadd”

 

Sumber: TIKTOK, BK

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.