Bernilai 2 juta, lelaki warga thailand ini menemui muntah ikan paus yang bakal mengubah hidupnya

Santai

Seorang pelayan bar, Boonyos Tala-upara yang berusia 44 tahun menemui ketulan berwarna kuning seberat 9.98 kilogram dan panjang 50 sentimeter di tepi pantai ketika bersiar-siar di pantai Koh Samui, Thailand.

Dia menemui ketulan yang teksturnya seperti lilin dan berbau seperti ikan itu pada Jun tahun lalu, dan meletakkan di halaman belakang rumahnya lalu terlupa.

Dia mengetahui bahawa ketulan tersebut sebenarnya bernilai apabila seorang rakan yang mengunjunginya bulan lalu, memberitahunya bahawa ketulan tersebut berkemungkinan muntah paus yang bernilai tinggi digunakan membuat minyak wangi. Muntah paus tersebut dianggar bernilai AS$500,000 dolar (RM2 juta).

 

“Ia sangat besar, keemasan, dan teksturnya seperti lilin, tetapi apabila saya menekannya dengan jari ia sangat lembut, tidak seperti lilin. Saya membakarnya dengan menggunakan pemetik api, ia cair menjadi minyak dan kemudian mengeras semula. Saya tidak pernah melihat benda seperti ini,” katanya.

Penolong Profesor Thon Thamrongnawasawat iaitu Timbalan Canselor Fakulti Perikanan di Universiti Kasetsart berkata, berkemungkinan besar ia adalah muntah paus.

“Ia berkemungkinan besar ‘tiket loteri’ untuk saya. Saya mahu jual dan bersara,” tambahnya.

Pembentukan muntah paus atau ‘ambergris’ ini hanya terjadi kepada ikan paus jenis paus sperma sahaja.

Kebanyakan pengkaji percaya bahawa ambergris ini terhasil akibat proses pembersihan atau menyah bendasing dalam sistem pencernaan seperti paruh sotong dan sebagainya agar memudahkan sistem penghadaman berlaku.

Ambergis yang juga dikenali sebagai “emas terapung” bukan hanya keluar dari mulut paus sperma sahaja bahkan ia mungkin dikeluarkan melalui saluran najis juga.

Ia digunakan pada masa lalu untuk membuat rempah-rempah dan herba yang berharga. Ia juga digunakan dalam pengeluaran kosmetik dan pewangi berjenama agar bau wangian itu kekal lama menyebabkan harganya mahal.

 

Sumber Oriental Daily, Daily Mail, Viral Press/Youtube dan EraBaru