(Video) Bertahun2 jaga anak angkat, wanita s4yu untuk lepaskan pada ibu kandung

Keluarga Tempatan

Tiada ibu bapa yang rela berpisah dengan anak tersayang. Tidak kira anak kandung mahupun anak angkat, naluri keibubapaan pastinya membuatkan kasih sayang dicurah dengan penuh keikhlasan.

Sebak terp4ksa melep4skan

Seperti dikongsi seorang gadis dikenali sebagai Tuhfah Nazihah Tarmizi di laman Facebook yang merakamkan momen terakhir adik angkatnya bersama keluarga mereka sebelum dikembalikan kepada keluarga kandung.

Video yang dimuat naik itu menunjukkan ibunya, Norlida Abu Hassan menangis teresak-esak memberikan ciuman dan dakapan terakhir kepada anak angkatnya itu selepas enam tahun menjaganya.

Malah, kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Amir itu turut kelihatan muram dan sedih menahan tangisan serta cuba memahami perpisahan yang bakal berlaku.

Tawar diri jaga Amir

Menjelaskan lebih lanjut, Tuhfah berkata pada awalnya ibunya menawarkan diri untuk menjaga kanak-kanak tersebut selama dua minggu sementara ibu Amir sedang melanjutkan pengajian ketika itu.

Dengan takdir Allah, mereka diberi peluang untuk menjaga sehingga enam tahun. Kini, ibu Amir datang mengambilnya kembali apabila sudah mempunyai kehidupan yang lebih stabil.

Pergilah nak pada ibumu

Image may contain: 2 people, people sitting

Walaupun berat menerima kenyataan itu, Norlida reda menerima kenyataan terp4ksa melep4skan anak tersayang. Dia merelakan anak itu pulang ke pangkuan ibu kandung dan bersyukur dengan kenangan indah bersama selama enam tahun.

Semoga keluarga ini tabah melalui perpisahan insan tersayang. Semoga ikatan kekeluargaan yang dibina akan terus berkekalan selama-lamanya.

 

Sumber: Tuhfah Nazihah Tarmizi , Norlida Abu Hassan, OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.