“Biarpun di caci hina, aku tetap kuat demi amanat yang kau tinggalkan “- Ali Puteh Rindu Abam.

Hiburan

Pelawak Ali Puteh, 31, meluahkan rasa rindu terhadap arwah abangnya, Abam Bocey yang meninggal dunia pada 10 Februari lalu.

Kata Ali, arwah adalah individu yang paling penting justeru kehilangan itu memberi kesan yang perit dalam kehidupannya.

“Hilang teman, hilang kawan ketawa, hilang kawan bergaduh, hilang kawan bergurau, hilang kawan menangis dan hilang susah senang bersama.

“Kau insan yang bernama seorang abannggg!! Jujurnya aku sangat merindui kamu wahai abang..

“Saat adikmu berada sebaris denganmu kau pergi tinggalkan aku abang..

“Kau pergi selamanya dan takkan kembali…Saat adikmu dihina dan dicaci semua orang kau tiada abang.

“Kau tiada bersama aku tapi aku tau kau melihat semuanya abang!!” luahnya di Instagram (IG).

 

View this post on Instagram

 

Hilang teman..hilang kawan ketawa..hilang kawan bergadoh..hilang kawan bergurau..hilang kawan menangis..hilang susah senang bersama…kau insan YG bernama seorang abannggg!!jujurnya Aku sgt merindui kamu wahai abang..saat adikmu berada sebaris denganmu..kau pergi tinggalkan Aku bang..kau pergi selamanya Dan takkan kembali…saat adikmu dihina Dan dicaci semua org…kau tiada bang..kau tiada bersama Aku..tp Aku tau kau melihat semuanya..abang!! Adik mu ini sekarang kuat bang…kuat demi keluarga kite..kuat demi segalanya…biar dihina dicaci..Aku ttp kuat demi amanat YG kau tggalkan pada Aku Dan keluarga bang…damailah disana..tenang lah disana..sejujurnya Aku sgt merindui mu insan YG bernama abangg..

A post shared by syed ali mubarrak aljuffrey (@aliputehofficial) on

Allahyarham meninggal dunia kira-kira jam 7 pagi dipercayai akibat demam panas.

Tambah Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Ridzuan menyatakan dugaan yang menimpa telah membuatkan dirinya menjadi lebih kuat.

“Adik mu ini sekarang kuat abang…Kuat demi keluarga kite..Kuat demi segalanya.

“Biar dihina dicaci aku tetap kuat demi amanat yang kau tinggalkan pada aku dan keluarga abang..

“Damailah disana, tenang lah disana..Sejujurnya aku sangat merindui mu insan yang bernama abang,” tulisnya lagi.

sumber : astro gempak