“Bidadari Sayang” – Puji Isteri Bak Bidadari, Ustaz Ebit Lew Angkat Martabat Isteri Menjadi Contoh Terbaik Seorang Pendakwah.

Hiburan

Penceramah dan pendakwah Ustaz Ebit Lew sering menjadi tumpuan bukan sahaja daripada orang ramai tetapi juga selebriti tempatan.

Tutur katanya yang lemah lebut, pembawakannya yang sederhana, perkongsiannya yang penuh bermanfaat dan sikapnya yang suka turun padang bertemu orang ramai membuatkan dia amat disenangi.

Malah dia juga sering berkongsi hal-hal peribadinya di Instagram terutamanya tentang isterinya yang digelar bidadari.

“I love u sayang. Bidadariku,sedih ke abang busy sangat. Sorry yer selalu busy tak sempat tolong sayang dekat rumah..semua ini tugas abang sebenarnya. Terima kaseh sayang bidadariku kerana mulianya hatimu. Kurnia Allah.

Taklah abang. Sebab setiap kali abang ada dekat rumah kita mesti sempat dating berdua. Berdua-duaan. Mengadap berdua. I love u abang..jom selfie abang..jom sayangku bidadariku,” kongsi Ustaz Ebit Lew pada satu entri video di Instagramnya.

View this post on Instagram

I love u sayang. Bidadariku,sedih ke abang busy sangat. Sorry yer selalu busy tak sempat tolong sayang dekat rumah..semua ini tugas abang sebenarnya. Terima kaseh sayang bidadariku kerana mulianya hatimu. Kurnia Allah. Taklah abang. Sebab setiap kali abang ada dekat rumah kita mesti sempat dating berdua. Berdua-duaan. Mengadap berdua. I love u abang..jom selfie abang..jom sayangku bidadariku . Abang setiap kali lepas solat tak pernah tak sebut nama bidadari sayang dalam doa. Ya Allah diriku sangat cinta sayang padanya. Cintai dan sayangilah dirinya.. Patutlah selalu rasa abang dekat hati sayang. Allah letak kita sentiasa bersama walau dimana-mana. Tiada yang satukan dekatkan hati kita melainkan Allah..terima kaseh Allah atas nikmat ini-ebitlew #keluargasunnahoktober2019 #tourkeluargasunnah #www.keluargasunnah.com

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Setiap ayat yang disusun buat isterinya menggambarkan betapa dia begitu menghargai pengorbanan isterinya itu. Malah, dia mengangkat martabat isterinya umpama bidadari.

View this post on Instagram

Abang kenapa bagi hadiah pada bidadari abang ni? Sebak tengok bidadari menangis happy dan terkejut. Syukur pada Allah. Bukan hari lahir sayang pun.Ini hari lahir anak kita qadeejah 10/4. Abang dah niat dari hari tu masa buka Paramount Coffee House cawangan ketiga di Ioi Conezion Putrajaya. Dulu tak sempat belikan untuk arwah mak saya emas. Terima kaseh mak asbab doa mak semuanya. Semoga mak Allah letakkan dalam syurga Firdaus. Allah sayang mak.. Mak ajarkan saya sayang dan hargai isteri. Ya Allah. . I love u bidadari abang… Yer bidadari abang. Hari ini hari lahir anak ketiga kita Qadeejah. Tapi abang teringat abang menangis dalam bilik pembedahan. Hari itu abang saja tengok betul-betul setiap lapisan perut sayang yang sakit. Teringat masa tu rasa sakitnya sayang bidadari abang. Dah macam apa perut tu di buka dll..masih ingat darah, dan setiap lapisan..jahitan setiap lapis.. Lepas dengar bunyi tangisan qadeejah abang menangis masa azankannya..ya Allah tuhanku. Sampai mati abang takkan dapat balas pengorbanan sayang. Demi cinta anugerah Allah ini abang cuma penat bekerja. Sayang dah bagi darah,nyawa,air mata segalanya. Sayang mati berkali-kali..Ini pun dah cukup buat sayang jadi ahli syurga…ya Allah itulah kelebihan seorang wanita. Seperti para pejuang syuhada dulu-dulu. Macam mana lah abang nak kejar sayang..ya Allah.. Terima kaseh Allah anugerahkan bidadariku ini. Selamat hari lahir anakku Qadeejah sayang 10/4. Semoga jadi anak solehah buat umi. Hamba Allah yang takwa mukminah..jadi daie Allah..Pohon doa semua sahabat. Terima kaseh kerana doa semua selama ini. Pohon doakan oktober ini jelejah keluargasunnah ke seluruh negeri (modul perbaiki diri terbuka semua dari umur 18tahun-65tahun++)-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

View this post on Instagram

Tengah berjauhan asyik belek-belek insta bidadari saya. Rindunya sebak. Semua yang Allah jadikan ini cantik dan sempurna. Allah jadikan segalanya. Kita kena bangun pagi dan syukur kerana Dia Allah jadikan kecantikan itu..syukur dengan kurnia Allah dalam hidup ini. Tq neelofa baik hati dan rendah diri melayan bidadari saya. . Rindu pada bidadariku. Bagi diriku dialah paling cantik dan menawan dalam dunia ini. Senyuman walau disebalik purdah itu terasa cintanya dan sejuknya matanya untuk suami kerana Allah yang Maha Esa. Mata yang menangis berdoa buat suami. Yang membimbing dan mendoakan suami dan anak-anaknya. Kerjanya tak pernah habis. Pegang tangannya terasa sampai ke hati. Wanita yang sentiasa berterima kaseh pada suaminya. Ya Allah diriku sayang padanya. Sayangilah bidadariku. Berilah bidadariku sentiasa muda, cantik,sihat dan bahagia sampai syurga. Ingin pimpin tangannya sampai masuk syurga. Kerana Allah kita terpisah seketika semoga nanti kita dapat bersama melangkah masuk syurga. I miss u sayang. I love u. Terima kaseh sayang bidadariku..Pohon doa yer sekarang di Seri Iskandar ceramah malam ini dan esok keluarga sunnah johor di Pusat Islam Johor sehari. Semoga perpisahan dan kerinduan ini jadi asbab hidayah buat manusia seluruh alam-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

“Abang setiap kali lepas solat tak pernah tak sebut nama bidadari sayang dalam doa. Ya Allah diriku sangat cinta sayang padanya. Cintai dan sayangilah dirinya.

“Patutlah selalu rasa abang dekat hati sayang. Allah letak kita sentiasa bersama walau dimana-mana. Tiada yang satukan dekatkan hati kita melainkan Allah. Terima kaseh Allah atas nikmat ini,” tulis Ustaz Ebit lagi.

Ustaz Ebit Lew atau nama penuhnya Ebit Irawan bin Ibrahim Lew juga ada menulis buku yang bertajuk Isteriku Bidadari.