“Bila Ratu Rock Jadi Muslimah ..” Kongsi Foto Tunai Umrah Bulan Ramadhan, Ramai Puji Wajah Berseri Ella & Suami.

Hiburan

Ratu rock , Ella Aminuddin baru-baru ini ada memaklumkan buat peminatnya yang dia kini sedang menyambut bulan ramadan di tanah suci Mekah.

Ella atau nama sebenarnya, Nor Zila Aminuddin ada berkongsi beberapa keping gambar ketika berada di tanah suci Mekah bersama keluarga tercinta.

Di samping itu, peminat turut meluahkan rasa terharu apabila melihat perkongsian penyanyi yang terkenal dengan lagu Retak itu.

Terdahulu Ella dan suaminya melawat kem pelarian Palestin dan Syria di Lubnan  apabila pasangan itu dilantik sebagai Ikon Kemanusiaan, Kedamaian Kemanusiaan Berhad (KKB).

Sepanjang lawatan di sana, a Ella dan suaminya melawat beberapa keluarga untuk berkongsi kisah mereka berdepan cabaran hidup sebagai pelarian, selain ke sekolah dan mengagihkan bantuan makanan di kem.

Foto : Instagram Ella Aminuddin/ MH