Bilamana Kemati4nnya Sentiasa Di Sebut- Sebut, Itulah Petanda Husnul Khatimah – Mufti KL

Hiburan

Pemergian Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan atau popular dengan nama Abam turut mendapat sanjungan ahli agama.

Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri baru-baru ini memuatnaik nukilannya khas tentang arwah Abam.

“Mungkin jika satu hari nanti anakanda Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey terbaca nukilan ini, ketahuilah bahawa ayahandamu seorang yang baik dan disenangi semua orang,” tulis beliau.

Dalam kiriman tersebut, beliau mengaitkan pemergian arwah Abam dengan tanda pengakhiran yang baik.

Biarpun tidak sempat menziarahi allahyarham kerana kesibukan jadual ceramah, Dr Zulkifli mendakwa sentiasa mengikuti perkembangan pengurusan jenazah Abam di media sosial.

Biarpun selepas seminggu pemergian Abam, namanya tidak lekang dari bibir orang ramai. Hal ini diperakui Dr Zulkifli sendiri sekaligus menyatakan ia adalah tanda penamat yang baik buat arwah.

Beliau turut mengepilkan sebuah kisah pada zaman Rasulullah s.a.w mengenai jenazah yang meninggal dunia dalam husnul khatimah.

Orang ramai adalah saksi Allah di muka bumi

Pujian orang ramai sebagai tanda keredhaan Allah terhadapnya

Apabila Allah kasihkan seorang hamba, Dia jadikan semua makhluk kasihkan hamba itu

Perkara sama akan berlaku di akhirat

Allah ilhamkan orang ramai memuji si mati sebagai tanda Allah mengkehendaki keampunan buatnya.

Sementara itu kata beliau, kehadiran solat jenazah yang ramai juga adalah petanda husnul khatimah.

“Kita baik ramai sayang”

Semoga kita semua dapat mencontohi arwah Abam dalam kehidupan seharian.

Sumber: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri