Brader Ini Menggunting Beg LVnya Di depan Manager Gara-Gara Tidak Di layan Hanya Kerana Berpakaian Selekeh, Rupanya Dia Seorang Dato!.

Hiburan

 

Sudah menjadi lumrah alam, yang miskin ditindas yang kaya disanjung.

Itu belum lagi bila kau nak masuk kedai mahal atau branded kena make sure korang berpakaian ‘vassss’ baru dorang layan, kalau berpakaian macam gelandangan jangan harap dorang akan layan, malah dipandang macam sampah je..betul lah tu!

Itu yang berlaku kepada lelaki ini ketika memasuki salah satu butik terkenal di KLCC baru-baru ini.

Sumber : Google

Menurut lelaki ini dalam perkongsian di facebooknya Ismail Ariffin Lepat ketika itu dia dan rakannya berada di dalam satu butik jenama terkenal di KLCC, tapi mungkin kerana pakaian yang dipakai ketika itu agak ‘selekeh’, staf disitu melayan mereka macam ‘anjing’.

Sebenaqnya aku tak sedaq pun, yang aku ni sedang di layani macam @#%@!!

“Hangpa nak tau apa yang sedang aku perhatikan?? Sebenaqnya aku tak sedaq pun, yang aku ni sedang di layani macam @#%@!!, tapi Sahabat aku ni tiba tiba ‘stand up’, last last aku sedaq, memang champions lah Sahabat aku ni, bila dia kata ‘ni bab maruah Pat!!’ Aku tak suka orang layan kita macam pelaq! Kita baik dengan depa, depa tetap jugak dok ukoq kita kot luaq!!!” woow

Perkongsian itu sehingga kini mendapat lebih 81k views dan 1.1k likes sejak ia dimuatnaik semalam.

Dalam video tersebut, lelaki yang dikenali sebagai Zainal Abidin itu bertindak memotong bag jenama LV selepas tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan kepadanya oleh staf LV tersebut.

You can take this LV BEG..beri saya gunting..

Ini cerita daripada lelaki tersebut :

abg beli last 3 day.. abg datang untuk letak tag nama, dia kata tak boleh sebab dia bimbang rosak kalau rosak saya marah, tapi saya kata awak letak je la.. apa masalah awak ..

lepas tu manager LV tersebut lihat muka Saya malayu daif papa kedana, lepas itu saya kata awak tidak boleh layan saya dan sahabat saya macam monkey, you can take this LV BEG…bagi saya gunting dan saya gunting LV beg Depan dia…

Abg naik angin dik..
Abang mohon maaf sebab mereka layan abg dan Sahabat’s abg.. macam anjing…
Mereka ingat LV MEREKA LEBIH BESAR DARI MARUAH KITA 

Rata-rata netizen menyokong tindakan lelaki tersebut, malah ada yang berkongsi pengalaman sama dilayan seolah-olah mereka papa kedana dan tidak mampu membeli barangan berjenama.

Depa punya soru mai dari duit customer ni

Padahal depa pun keja ja kat situ tapi berlagak macam owner kedai

Rupanya brader tersebut adalah seorang Dato..

Hasil semakan beg yang di sandang oleh Dato ini .. RM29K!

Image may contain: text

Sumber : lobakmerah