“Bro Terbaik, Cool Walau Kena Tolak “- Kerana Ingin Bergambar Berdua Dengan Zahirah , Pak Cik Ini Tolak Hisyam Hamid Ke Tepi.

Hiburan

Malu, lucu dan terkedu. Mungkin itu perasaan yang ada dalam diri pelakon, Hisyam Hamid apabila ‘ditolak’ seorang lelaki gara-gara hanya mahu bergambar dengan Zahirah Macwilson.

 

 

View this post on Instagram

 

Bersama punca iols viral kat socmed hari ni… Benda lawak buat apa nak serious 😂 #hhrtw #starvilionbalikraya

A post shared by Hisyam Hamid (@hisyamhamid7) on

 

Dalam satu video yang tular dalam media sosial, Hisyam yang ketika itu sedang mempromosikan koleksi rayanya hanya tersenyum ketika kejadian tersebut terjadi.

Hisyam kemudian memberi isyarat untuk lelaki tersebut meneruskan niatnya untuk mengambil gambar berdua dengan Zahirah.

 

 

View this post on Instagram

 

Sampai hati tolak abang bomba @hisyamhamid7 gitu je! Tapi demi @zahirahmacwilson, abang sanggup!

A post shared by MHE TV (@mhetv.my) on

Lelaki yang dipercayai peminat tegar Zahirah menolak Hisyam ke tepi kerana mahu mengambil gambar berdua dengan pelakon yang juga teman wanita Aiman Hakim Redza itu.

Video berdurasi 12 saat turut mengundang komen-komen nakal netizen yang tercuit hati melihat gelagat lelaki dalam lingkungan usia 40-an itu.

Dalam pada itu, Hisyam turut memuat naik gambar bersama Zahirah di Instagram miliknya dengan kapsyen yang mencuit hati sebagai reaksi terhadap video yang tular itu.

“Bersama punca saya tular dalam media sosial. Benda lawak, buat apa mahu serius,” katanya.

Hisyam juga turut menjelaskan dia tidak terlalu kecewa dengan tindakan lelaki tersebut dan menganggap itu sekadar satu gelagat lucu.- MHE TV

 

 

View this post on Instagram

 

Adik ni nak tangkap gambar tapi malu. So inilah hasilnya 😂 . #hhrtw #hisyamhamid

A post shared by Hisyam Hamid (@hisyamhamid7) on

 

Sumber: MHETV