(Video) “Dalam Kepenatan Sambil Menghafal”- Merdu Suara Abg Askar Mengaji Sambil Gotong-royong, Bikin Netizen Tersentuh

Islamik Tauladan Viral

Biasanya kalau sebut sahaja askar, terus tertera dalam minda kita seorang individu berbaju cel0reng, lengkap bersenj4ta dan bersiap sedia untuk berper4ng.

Malah kita juga memahami bahawa latihan-latihan ker4s yang dilalui mereka adalah semata-mata untuk membina kekuatan ment4l dan em0si, selain turut men1ngkatkan daya fizikal.

Tapi mungkin ramai yang tidak perasan, di sebalik ‘ker4snya’ anggota tentera itu, terselit satu nilai kelembutan dalam jiwa rohani mereka, lebih-lebih lagi berkenaan pegangan agama dalam diri.

Ini bertepatan dengan langkah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mewujudkan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) sebagai usaha menerapkan nilai murni serta mempertingkatkan rohani dalam hati seorang per4jurit.

Hari ini, tular di media sosial tentang satu video memaparkan salah seorang anggota tentera kita yang mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran ketika di lapangan.

Seorang warganet, Muhammad Fakhruddin memuat naik video tersebut ke akaun TikToknya bagi dikongsikan buat tontonan umum.

https://www.tiktok.com/@armyy647/video/6908963701865434370?referer_url=https%3A%2F%2Fsiakapkeli.my%2F&referer_video_id=6908963701865434370

“Alhamdulillah, dalam kepenatan sambil menghafal,” tulisnya ringkas di ruangan caption video tersebut.

Aksi menyentuh hati ini mendapat pujian daripada ramai warganet, rata-rata mereka terharu dengan keperibadian individu tersebut.

Bukan sahaja keras gagah di luar, malah lembut pula di dalam (hati).

“Tenang je dengar suara..”

Sementara itu, ramai warganet menzahirkan penghargaan masing-masing. Kata mereka, alunan bacaan itu agak merdu, sekaligus sampai menyentuh hati mereka yang mendengarnya.

“Ini mesti bek4s budak tahfiz….”

Tidak kurang juga, ada yang beranggapan insan ini merupakan bekas pelajar tahfiz. Mungkin kerana kefasihannya menyebut huruf Al-Quran dengan makhraj yang tepat.

“Bukan senang nak jumpa askar pandai baca Quran…”

Selain itu, ada yang menzahirkan rasa kagumnya apabila melihat seorang perajurit yang gagah perkasa mampu mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran dengan lunak.

Katanya, lelaki seperti ini amat terhad.

“Content buat orang lagi hormat askar..”

Malah ada juga yang berpendapat, kandungan video berunsur kerohanian seperti ini lebih diperlukan untuk dijadikan tontonan awam di media sosial.

 

Sumber: Muhammad Fakhruddin, Siakap Keli

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.