“Bertuah betul, 2 kali dapat”- Wrga emas menang lagi RM1 juta Cabvtan Istimewa BSN SSP

Keluarga Tempatan Viral

KUALA LUMPUR – Seorang w4rga emas berumur 81 tahun berjaya membawa pulang ganj4ran RM1 juta menerusi Cabvtan Istimewa Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) bagi Februari 2021.

Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil, berkata ia merupakan kali kedua bapa kepada sembilan anak itu membawa pulang hadiah daripada cabvtan SSP.

Warga emas menang RM1 juta Cabutan Istimewa BSN SSP

Sebelum ini, beliau berkata, lelaki itu pernah membawa pulang hadiah pertama berupa sebuah kereta BMW 318i melalui cabvtan bulanan pada Mei 2018.

“Hingga hari ini, beliau masih setia menyimpan dengan BSN SSP walaupun telah memenangi ganjaran menarik, termasuk cabvtan istimewa BSN SSP RM1 juta,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sebagai bank komuniti, BSN akan terus mendvkung m4ndat kerajaan untuk menggalakkan budaya menabvng dalam kalangan rakyat Malaysia.

Warga emas umur 81 tahun dapat RM1 juta cabutan istimewa BSN SSP

Selain berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik, orang ramai dapat menikmati kadar keuntungan hingga 1.9 peratus setahun dengan menyimpan dalam BSN SSP Edisi Khas yang mana ia sama dengan kadar tetap di bank lain.

Buat kali pertama pada tahun ini, BSN turut mengumumkan 13 pemenang bagi Cabvtan Tempatan yang membawa pulang sebuah kereta Perodua Myvi 1.5 Auto.

Cabvtan itu diadakan pada Februari, Mei dan Ogos 2021 serta terbuka kepada penyimpan yang mempunyai BSN SSP dengan simpanan minimum RM100.

Apa itu Sijil Simpanan Premium BSN

Sijil Simpanan Premium BSN adalah adalah salah satu skim simpanan yang telah diperkenalkan oleh BSN sejak 1978. Ia merupakan produk yang sinonim dengan BSN, justeru SSP BSN telah melalui pelbagai fasa perubahan bagi memenuhi permintaan pelanggan pada masa kini

Tujuan utama ianya diperkenalkan adalah bagi menggalakkan orang ramai menyimpan duit atau dengan erti kata lain menabung bagi kepentingan masa depan. Yang menariknya pelanggan bukan sahaja mendapat keuntungan daripada hasil simpanan mereka malah berpeluang memenangi hadiah daripada cabvtan bertuah yang dilakukan setiap bulan.

Alternatif Untuk Mengajar Masyarakat Menabung

Dapatan kajian yang diperoleh daripada Bank Negara Malaysia (BNM), mendapati bahawa 75% daripada rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan sebanyak RM1,000.

Majoriti Rakyat Malaysia tiada simpanan - Isu Semasa - Semasa - Forum -  CARI Infonet

Ini menunjukkan satu angka yang memeranjatkan. Bahkan peratusan bumiputera yang tidak mempunyai simpanan di tangga ke dua tertinggi dengan 55%. Bagaimana untuk membendung masalah ini? Peribahasa “sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit” yang di khususnya lazimnya sebagai tema menabung ibaratnya tidak memberi kesan kepada masyarakat.

Untuk pengetahuan, statistik ini di ambil sebelum terjadinya pandemik Covid-19. Pernahkah anda terfikir, apa nasib golongan dalam peratusan ini sekarang yang sedang berjuang meneruskan kelansungan hidup mereka? Dengan ekonomi negara dan dunia yang tidak menentu, sudah tentu ia memberi kesan yang sangat besar kepada kelompok keluarga ini.

Skim produk yang sedang dibicarakan, akan menjadi salah satu alternatif kepada anda untuk mendidik diri menabung. Ingat, anda menabung bukan untuk keperluan sekarang tetapi untuk masa akan datang.

myBSN : Amazing 2020 BSN SSP Campaign

Ketegori Cabvtan

  • Cabvtan Istimewa (BSN SSP RM1 Juta dan BSN SSP RM 2 Juta)
  • Cabvtan Bulanan
  • Cabvtan Khas Tempatan
  • Cabvtan Khas Generasi Z
  • Cabvtan Khas Kesetiaan
  • Cabvtan Super SS

Ciri-ciri SSP BN

  • Merupakan produk simpanan BSN yang unik sejak tahun 1978.
  • Merupakan produk simpanan patuh syariah yang menawarkan peluang kepada penyimpan untuk memenangi hadiah dalam cabvtan bertuah
  • Simpanan dijamin 100% ooleh kerajaan.
  • Semua hadiah dikecualikan daripada cukai pendapatan
  • Individu berumur 21 tahun dan ke atas yang memiliki skim sijil (minimum RM 5,000) layak memohon Kad Kredit BSN Al – Aiman.
  • Individu berumur 21 tahun dan ke atas yang memiliki skim sijil (minimum RM 5,300) layak untuk memohon Pembiayaan Peribadi sehingga 95% daripada jumlah skimnya.

Syarat Permohonan

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia, penduduk tetap dan warga asing yang mempunyai alamat tetap di Malaysia
  • Berumur 12 tahun dan ke atas
  • Simpanan minimum RM10 (1 unit). Tiada had maksimum

Cara-cara Penyimpanan

Pilihan penyimpanan untuk dana ini agak banyak. Anda boleh pilih mana-mana bentuk simpanan yang sesuai dengan anda.

Melalui Perbankan SMS

1.  Daftar di mana-mana cawangan BSN.

2.  Taip “SSP<jarak>mpin<jarak>amaun”.

Contoh: SSP 123456 100 dan hantarkan ke 36898.

3.  Balas “CONFIRM 7212” untuk pengesahan atau “CANCEL 5740” untuk pembatalan

BSN SSP.

Melalui Mesin ATM

1.  Masukkan kad ATM / Debit BSN.

2.  Pilih bahasa.

3.  Masukkan nombor PIN.

4.  Pilih ‘Simpanan BSN SSP’.

5.  Masukkan amaun dalam gandaan RM10.

6.  Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.

Melalui Mesin Deposit Tunai (Dengan kad ATM / Debit BSN)

1.  Masukkan kad ATM / Debit BSN.

2.  Pilih bahasa.

3.  Masukkan nombor PIN.

4.  Pilih ‘Simpanan BSN SSP’.

5.  Pilih kaedah simpanan (debit akaun atau tunai).

6.  Depositkan wang dalam gandaaan RM10.

7.  Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.

Melalui Mesin Deposit Tunai (Tanpa kad ATM / Debit BSN, hanya untuk penyimpan BSN SSP sedia ada sahaja)

1.  Pilih bahasa.

2.  Pilih ‘Simpanan BSN SSP’.

3.  Masukkan nombor akaun simpanan BSN Giro / Giro-i.

4.  Depositkan wang dalam gandaaan RM10.

5.  Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.

Melalui Perbankan Internet myBSN

1.  Kunci masuk ke Laman Web BSN di www.mybsn.com.my

2.  Pilih ‘Simpanan BSN eSSP’.

3.  Pilih ‘nombor akaun’ daripada senarai.

4.  Lengkapkan maklumat yang diperlukan.

5.  Sahkan simpanan dan cetak resit transaksi.

Melalui Ejen Bank Berdaftar (EB)

1.  Kemukakan kad pengenalan dan wang tunai (bagi pelanggan baru) ATAU kad

ATM/Debit BSN atau tunai (bagi pelanggan sedia ada) kepada EB BSN.

2.  EB BSN akan proses simpanan BSN SSP di terminal POS.

3.  Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.

4.  Simpanan maksima adalah RM 1,000 untuk setiap transaksi.

Hukum SSP BN Mengikut Islam

Pendapat dan hujah para ulama dan majlis-majlis fatwa, cenderung kepada hukumnya adalah harus. Kaedah ini mendapat komitmen yang tinggi daripada pihak BSN untuk menjadikan pelaburan dalam instrumen dan aset yang mematuhi syarak. Begitu juga perlaksanaan akad mestilah selari dengan syarak.

 

Satu-satunya Di Malaysia

Produk ini merupakan skim simpanan unik yang hanya ditawarkan di BSN sahaja. BSN telah diberi kepercayaan oleh kerajaan untuk memperkenalkan skim ini yang memberi peluang kepada para penyimpan untuk memenangi pelbagai hadiah yang ditawarkan di samping menikmati pulangan dividen daripada simpanan mereka.

Jadi sekiranya anda termasuk dalam kelompok pengguna yang menggunakan khidmat ini, anda sememangnya sangat istimewa dan akan mendapat kelebihan yang tidak didapati pada orang lain.

Realisasikan Impian Dengan Pembiayaan Peribadi BSN

Bagaimana, menarik bukan? Ini adalah antara beberapa info apa itu sijil simpanan premium BSN yang anda perlu tahu. Tahniah anda telah selesai fasa pertama untuk bergelar jutawan segera. Kepada yang belum mempunyai skim ini, ayuh cepat-cepat anda mulakan pendaftaran.

Kepada yang dulu ragu-ragu tentang skim ini, di harapkan artikel di atas dapat memberi pendedahan kepada anda tentang SSP BSN dan manfaat-manfaatnya yang boleh anda peroleh.

 

Sumber: BERNAMA, Smartinvest

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.