“Buat La Research Artis Yang Di Jemput Tu”- Tersalah ‘Claim’ Lagu Raihan, Neelofa Dibahan Teruk.

Menerusi perkongsian di rancangan Meletop di twitter, episod lepas mengundang kumpulan Raihan dan Alif Satar sebagai tetamu jemputan. Namun apa yang menghiburkan adalah apabila Neelofa selaku pengacara Meletop tersalah menyebut lagu ‘Sepohon Kayu’ yang popular satu ketika dahulu adalah nyanyian kumpulan Raihan.

Apa lagi, memang kena bahan lah dengan Nabil dan Alif. Tak pasal-pasal lagu kumpulan Saujana jadi lagu kumpulan Raihan..

Kena bahan dengan Alif dan Nabil

Menerusi perkongsian dari program rancangan Meletop, sudutan video 37 saat itu menyaksikan pengacara Meletop, Neelofa tersalah menyebut nama lagu yang bukan dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Raihan.

Namun tak kurang juga mengkritik Neelofa yang sepatunya lebih peka dan membuat kajian terlebih dahulu.

Dah boleh tukar host

Sumber : Meletop via ohbulan