“Buat Pertama Kali, Kami Meraikan Aidilfitri Di Makkah” – Lisa Surihani Tunai Umrah Bersama Keluarga.

Hiburan

Syawal tahun ini amat bermakna buat pasangan selebriti Lisa Surihani dan Yusry Abd. Halim apabila mereka kini sedang berada di tanah suci bagi mengerjakan umrah.

 

View this post on Instagram

 

Assalamualaikum wbt, kami sekeluarga ingin mengucapkan Salam Aidilfitri , Maaf Zahir dan Batin.Buat pertama kali, kami meraikan Aidilfitri dgn menziarahi makam Rasulullah saw dan masjid2 di Madinah dan kemudian menziarah dan menjalankan umrah di Makkah in shaa Allah Amin. Semoga dipermudahkan perjalanan , urusan, dan dalam mengerjakan ibadah. Moga kami semua diberikan kesihatan untuk melaksanakan ibadah. Moga kami semua dikurniakan umrah yang mabrur. Dengan rendah diri, saya sangat bersyukur, kali pertama saya ke sini adalah bersama suami, ibu dan juga anak-anak. Tiada kata-kata yang cukup utk menggambarkan perasaan ini. Saya doakan moga anda semua dijemput ke sini oleh-Nya. Amin.

A post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani) on

Menurut Lisa ia pengalaman yang sangat indah apabila dia dapat berada di sana bersama dua cahaya mata, Yahaira Leanne, 4, dan Yusof Leonne, 2 serta ibu, Siti Amira Ahmad.

“Hari Syawal ke-3, kenangan bersama Mummy dan Auntie Bedah (kakak kepada Mummy) setelah selesai melawat Makam Rasulullah SAW/ Raudhah dan Perkuburan Baqi. Pengalaman teramat indah tak terkata. Syukur Alhamdulillah,” tulisnya.

Lisa berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi media sosial itu, Lisa turut memuat naik foto-foto dia sekeluarga sepanjang berada di sana.
Peminatnya turut mendoakan agar segala urusan pelakon itu dipermudahkan.

Berikut merupakan foto mereka sepanjang menunaikan umrah:

 

 

View this post on Instagram

 

Kenangan umrah bersama Mommy. :’) ❤️

A post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani) on

Sumber: Instagram Lisa Surihani via Gempak