Cantik Anak Datuk Ramli MS, Kini Telah Bertunang Dengan Jurugambar. Tahniah!

 

Anak kepada maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS, Nadiah Ramli selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya.

Nadiah yang juga bekerja di syarikat rakaman Universal Muzik itu memilih jurugambar dikenalj sebagai Taufiq Nadzri sebagai tunangannya.

Berita gembira tersebut berjaya dihidu media apabila Nadia dan Taufiq masing-masing memuat naik foto di laman sosial Instagram (IG) masing-masing.

Tidak menulis kapsyen panjang lebar, Nadiah dan Taufiq hanya meletakkan emoticon cincin yang cukup sinonim dengan majlis tertentu seperti acara melamar, pertunangan atau perkahwinan, pada ruangan komen.

 

 

View this post on Instagram

 

💍

A post shared by ɥɐıpɐu (@nadiahramli) on

Taufiq turut meletakkan emoticon kamera dan menanda nama ibu Nadiah iaitu, Jennifer Thompson pada ruangan sama.

Sejak memuat naik foto tersebut, Nadiah dan Taufiq menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakan dan pengikut IG mereka.

Rata-ratanya mengucapkan tahniah dan mendoakan hubungan pasangan sama cantik sama padan ini kekal hingga ke jinjang pelamin.

 

View this post on Instagram

 

happy birthday to the OG big boss ❤️ love you, sorry I’m so irritating but it’s probably karma

A post shared by ɥɐıpɐu (@nadiahramli) on

 

Sumber:Gempak

 

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf