Cantik Sungguh Foto Pra Perkahwinan Pengacara Hlive , Yaya Zahir… Inspirasi Ala Korea!

Pengacara HLive, Yaya Zahir tampil memukau menerusi gambar-gambar pra perkahwinan yang bertemakan Korea.

Menerusi laman Instagramnya, Yaya atau nama sebenarnya Zuhairah Zahir, 28, berkongsi beberapa foto bersama jejaka pilihannya, Arriz Azim.

Mengenakan busana suit putih yang ditempah khas, dilengkapi veil dan bunga tangan, berbalas pasangannya yang segak memakai suit kelabu.

Biarpun ringkas, temanya tepat dengan jiwa Yaya yang meminati negara Korea.

“Tatapan pertama untuk penggambaran pra perkahwinan yang diinspirasikan daripada perkahwinan Korea.

“Saya terlalu suka melihat foto pra perkahwinan Korea yang kelihatan kasual dan bersahaja. Terima kasih kepada semua yang menjayakan sesi ini,” tulisnya sebagai kapsyen.

Di ruangan komen, netizen tidak henti-henti memuji penampilannya yang cantik di dalam foto tersebut.

Malah, ada di antara mereka yang suka dengan tema ‘ala Korea’ yang dipilih Yaya kerana berpendapat ia lain daripada yang lain.

Rakan-rakan selebriti juga mengambil kesempatan meninggalkan komen ucapan tahniah kepada bakal mempelai ini.

“Congrats and Happy Birthday Yaya,” komen Neelofa.

“You’re so beautiful when you’re just YOU,” ujar Daiyan Trisha

“OMG cantiknya! happy birthday Yaya may Allah bless you with all the love & happiness in the world,” tulis Betty Rahmat.

“Loveeee,” kata Yuna pula.

Yaya dan pasangannya, Arriz Azim mengikat tali pertunangan pada 25 Februari lalu dan bakal disatukan esok.




sumber: Astro gempak

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf