Cap dagangan Harimau Menangis belum lulus, Noor Kartini jangan dahului MyIPO

Resepi Semasa Viral

PETALING JAYA- Ibu kepada Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed diminta tidak mendahului Perbadanan Harta Intelek (MyIPO) dalam mend4kwa jenama Harimau Menangis telah didaftar sebagai cap dagangan selain menjadi hak ekslusif beliau.

Ketua Pengarah MyIPO, Datuk Mohd. Roslan Mahayudin berkata, MyIPO menerima permohonan daripada Noor Kartini untuk mendaftarkan jenama Harimau Menangis baru diterima oleh MyIPO pada bulan November tahun lalu, dan ia masih lagi dalam peringkat pemeriksaan.

“Sehubungan itu, jenama Harimau Menangis yang dip0hon oleh beliau belum lagi diluluskan dan belum menjadi hak eksklusif beliau.

“Permohonan beliau sama ada diluluskan ataupun tidak, bergantung kepada hasil pem3riksaan dan pert1mbangan oleh MyIPO,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas isu jenama Harimau Menangis keluaran Noor Kartini menerusi syarikatnya Noor Khan Enterprise.

Ujarnya, MyIPO akan memproses perm0honan beliau sepertimana biasa di mana sebarang keputusan yang dibuat adalah berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.

Beliau menambah, cap dagangan bererti apa-apa tanda yang boleh dinyatakan secara grafik yang boleh membezakan barang-barang atau perkhidmatan satu perusahaan daripada perusahaan-perusahaan yang lain.

Tidak h4lang bisnes lain, Aunty Tini Kitchen jelas tujuan paten cap dagangan

Dalam pada itu, Syarikat pengeluar produk daging Harimau Menangis Aunty Tini Kitchen, Noor Khan Enterprise menjelaskan pihaknya tidak mengh4lang mana-mana peniaga yang ingin menjual produk sama selagi tidak menyerupai bvngkusan mereka.

Perkara tersebut dijelaskan oleh syarikat berkenaan menerusi satu kenyataan akhbar yang dimuat naik dalam Instagram @auntytinikitchen sebentar tadi.

Penjelasan tersebut dilakukan susulan isu tular tentang perm0honan cap dagangan Harimau Menangis oleh pihaknya kepada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) baru-baru ini.

Kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Noor Khan Enterprise berhubung isu tular tentang mempatenkan cap dagangan.

“Pihak kami ingin memaklumkan bahawa perm0honan itu adalah untuk melindungi penggayaan, susun atur grafik, kod warna dan tulisan perkataan Harimau Menangis pada bungkusan produk tersebut.

“T1ndakan itu bertujuan untuk mengelakkan sebarang produk t1ruan dalam pasaran yang boleh menyebabkan mas4lah kepada jenama pihak kami dan pengguna di luar sana,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, syarikat tersebut juga tidak mengh4lang sekiranya mana-mana pihak ingin menjual produk yang sama selagi tidak men1ru bungkusan jenama mereka.

“Kami tidak pernah mengh4lang mana-mana pihak untuk menjual pr0duk yang sama selagi tidak menyerupai bungkusan produk yang kami pasarkan.

“Selain itu, pihak kami sentiasa mengamalkan polisi persaingan perniagaan yang sihat,” ujarnya.

Sementara itu, syarikat berkenaan turut mem0hon maaf susulan penvlaran sebuah video yang mend4kwa pemilik bisnes tersebut iaitu Noor Kartini mengh4lang mana-mana pihak menggunakan nama yang sama.

“Pihak kami mem0hon maaf atas kes1lapan kata-kata yang digunakan dalam kandungan video tvlar dalam media sosial pada malam 12 Januari 2021,” tulisnya lagi.

Terdahulu, keluarga selebriti terkenal, Neelofa sekali lagi menjadi buah mulut orang ramai selepas tular sekeping gambar yang memaparkan pendaftaran logo atau cap dagangan (trademark) Daging Harimau Menangis sejak semalam.

Foto yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter @pakeri_ itu memaparkan perm0honan mempatenkan cap dagangan jenama Harimau Menangis yang diusahakan oleh Noor Kartini Noor Mohamed.

Sehingga kini, isu berkenaan masih lagi h4ngat diperdeb4tkan oleh netizen dalam media sosial yang turut mempers0alkan tindakan syarikat berkenaan.

 

Sumber: K! ONLINE

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.