“Dah Makan Separuh, Baru Sedar”- Di Sangka Tuna Ayam Brand, Rupanya Tin Makanan Kucing.

Hiburan

LAPAR dan masih mamai selepas bangun daripada tidur menyebabkan seorang lelaki tersuap makanan kucing peliharaan keluarga.

Tanpa melihat produk makanan itu, Afiq Anuar Akmal terus mengambil makanan tin itu dan disapu ke atas sekeping roti.

Hampir separuh roti ditelan, Afiq menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan rasa roti itu dan apabila diamati tin yang diambil, akhirnya terjawab apa yang dimakannya.

Afiq terus menghantar gambar roti dan makanan dalam tin itu kepada rakan baiknya Muhammad Hafizul Haneff.

Pengalaman kelakar Afiq itu dikongsi oleh Hafizul atau lebih mesra disapa Pijol,22.

Menurut Pijol, dia mengambil keputusan berkongsi pengalaman kawannya itu di media sosial untuk ‘suka-suka’.

Pijol bersama Afiq (kanan). Foto: Twitter

“Terkejut juga kisah tu baru jadi viral tahun ini padahal dah dimuat naik sejak Mac tahun lalu.

“Memang niat saya nak menyakat dia kerana pengalaman Afiq memang kelakar. Dia tak tahu saya berbuat demikian sehingga ia viral.

“Saya ada juga tanya dia apa rasa, dia jawab ‘’macam rasa hati ayam’,” jelas Pijol kepada mStar.

Kalau nak makan tu tengok dulu. Jangan main makan sahaja. Nanti jadi macam Afiq. Nasib baik tak tumbuh bulu kucing.

Menurut Pijol, insiden itu berlaku ketika Afiq berada di Kuala Lumpur, bercuti di rumah kakaknya.

“Kami tinggal di Segamat. Saya dengan dia memang berkawan sejak kecil lagi. Malah kami belajar pun di tempat yang sama, Politeknik Pasir Gudang.

Moral of the story,  kalau nak makan tu tengok dulu. Jangan main makan sahaja. Nanti jadi macam Afiq. Nasib baik tak tumbuh bulu kucing,” gurau Pijol.

Perkongsina Hafizul mendapat perhatian warganet.

Perkongsian Pijol di Twitter sehingga kini mendapat lebih 45 ribu ulang kicau dan mendapat pelbagai komen daripada netizen lain.

Rata-rata warganet tercuit hati dengan perkongsian itu bertanyakan apa rasa makanan dalam tin tersebut.

Sumber Mstar