Darurat dijangka diisytihar malam ini, PM baru selesai mengadap Agong selepas lebih 2 jam

Semasa Tempatan

KERAJAAN dijangka akan mengisytiharkan darurat bagi menangani penularan wab4k C0vid-19 yang merekodkan peningkatan kes sejak seminggu lalu, selain meredakan ketegangan politik.

Difahamkan, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang pada petang Jumaat.

Kenderaan yang membawa Perdana Menteri dilihat memasuki pagar Istana Abdulaziz pada kira-kira 4.40 petang, diiringi pasukan keselmatan dan sejumlah kenderaan rasmi kerajaan negeri Pahang.

Rombongan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Abdul Aziz, Indera Mahkota pada jam 4.40 petang. - NSTP/Mustaffa Kamal Rombongan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Abdul Aziz, Indera Mahkota pada jam 4.40 petang. – NSTP/Mustaffa Kamal

Turut kelihatan memasuki Istana Abdulaziz ialah kenderaan rasmi Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Pengamal media mula berkumpul di laluan masuk ke istana itu seawal 2.30 petang, selepas ura-ura Perdana Menteri akan menghadap Seri Paduka mula tersebar sejak tengah hari tadi.

Setakat ini, Pejabat Perdana Menteri dan Istana Negara, belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pertemuan yang berlangsung itu, walaupun pelbagai spekvlasi mula kedengaran sejak semalam.

Rombongan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Abdul Aziz, Indera Mahkota pada jam 4.40 petang. - NSTP/Mustaffa Kamal Rombongan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Abdul Aziz, Indera Mahkota pada jam 4.40 petang. – NSTP/Mustaffa Kamal

Muhyiddin terdahulu mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Perdana Putra, Putrajaya pagi tadi, dipercayai bagi membincangkan isu-isu semasa.

Turut dilihat memasuki Perdana Putra ialah kenderaan yang membawa menteri-menteri Kabinet dan PAT Affendi Buang.

 

Sebelum ini, Al-Sultan Abdullah menitahkan semua ahli politik supaya mengutamakan kepentingan rakyat yang sedang berdepan pelbagai kesvlitan akibat penul4ran p4ndemik C0VID-19.

Titah baginda, ahli politik perlu bermuhasabah agar negara tidak sekali lagi dih3ret ke kncah politik tidak menentu ketika semua masih berdepan pelbagai mas4lah dan masa depan yang svkar akibat C0VID-19.

Dalam titah itu, baginda turut mengingat, ahli politik supaya tidak mengakhiri perbezaan dengan permvsuhan, sebaliknya mengutamakan perundingan dan proses perundangan yang termaktub dalam Perlembagaan.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara pada Rabu lalu. - Gambar ihsan Facebook Istana NegaraYang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara pada Rabu lalu. – Gambar ihsan Facebook Istana Negara

Terkini! PM Muhyiddin Beredar Selepas Lebih Dua Jam Di Istana Abdulaziz

pm agong

Kenderaan yang membawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat men1nggalkan Istana Abdulaziz di sini pada 7.10 malam tadi, selepas berada di situ selama lebih dua jam.

Terdahulu, beliau yang dipercayai hadir bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiba di perkarangan istana pada 4.40 petang tadi.

Difahamkan k0nvoi kenderaan yang membawa Perdana Menteri akan terus ke Pangkalan Tentera Udara Kuantan di sini untuk menaiki pesawat pulang ke ibu kota.

 

Sumber: BERNAMA, mStar, BHOnline

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.