Demi berebut peng4ruh, ny4wa rakyat dipertaruh – Mufti Perlis

Semasa Tempatan

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd. Asri Zainul Abidin menyindir tindakan ahli politik yang sanggup mementingkan diri sendiri demi kepentingan kuasa sehingga sanggup mempertaruhkan ny4wa rakyat ketika negara berdepan pand3mik C0vid-19.

Menerusi Facebook miliknya, beliau berkata, ketika ini ahli-ahli politik sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan politik.

“Bagi membuktikan ketulusan mereka dalam berpolitik merebut pengaruh, ny4wa rakyat pun mereka sanggup bertaruh.

“Bagi membuktikan keikhlasan mereka berpolitik mengharungi badai, ny4wa rakyat pun mereka gadai.

“Bagi membuktikan keluhuran untuk politik mereka kekal megah, ny4wa rakyat pun mereka jual dengan murah,” tulisnya.

Demi berebut pengaruh, nyawa rakyat dipertaruh – Mufti Perlis · MYKMU.NET

Ketika ini, kes positif C0vid-19 semakin meningkat selepas Pilihan Raya Negeri Sabah yang menyebabkan ahli politik menjadi sasaran netizen sebagai penyumbang kes wabak itu.

“Benar, kebanyakan orang politik jujur untuk kepentingan diri mereka. Sekalipun memusnahkan diri orang lain..apa warna, apa slogan, apa sepanduk, apa seruan, apa dalil, apa gelaran, apa lambang, apa jenama.

“Sikap kebanyakan mereka hampir sama,” katanya.

Tempohari, Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah mengumumkan negara mencatatkan 287 kes baru C0vid-19 dalam tempoh 24 jam dan semalam, peningkatan yang paling tinggi 317 sejak p4ndemik melanda negara.

Jumlah itu merupakan tertinggu sejak wabak itu menular di negara ini.

 

Sumber: Malaysiagazette

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.