“Dengar cerito ada masalah rumah tangga juga. Sidang media bila? – PU Abu Balas Tweet Hanif Hamzah Undang Reaksi PelbagaiNetizen

Hiburan

Nampaknya isu kontroversi keretakan rumahtangga PU Abu ni masih lagi belum berpenghujung, lepas isu berkenaan dengan kenyataan dia menikah di luar negara, dia ada tampil berikan respon bahawa akaun miliknya telah digodam.

Belum lagi reda pasal isu ini, timbul lagi satu kontroversi apabila PU Abu tampil beri respon kutukan terbuka daripada penyampai radio Malaysia Hanif Hamzah baru-baru ini melalui akaun Twitter.

Bodoh gila kau ni – Hanif Hamzah

 

Pada 21 April lepas, sama seperti netizen lain, Hanif Hamzah juga ada menzahirkan amarahnya terhadap PU Abu yang tengah terpalit dengan kontroversi dia menceraikan isterinya ketika sedang hamil semata-mata ingin mengahwini seorang janda yang sedang hangat pada waktu itu.

Dalam kenyataan tersebut, Hanif mengecam sekeras-kerasnya perbuatan PU Abu dan dengan lantangnya menzahirkan rasa bencinya dengan sikap pendakwah itu.

Lepas beberapa hari Hanif tweet pasal hal ni, PU Abu akhirnya bersuara dan memberikan respon terhadap kenyataan Hanif yang seolah ingin mendedahkan sesuatu.

Dengar cerito ada masalah rumah tangga juga – Respon PU Abu

 

Bagaimanapun dengan respon yang diberikan ini, ramai netizen mengecam semula PU Abu. Hurmm mungkin kena hack lagi ni, ataupun fake account.

Hurm, mungkin orang lain yang jaga kot, sebab kalau tak silap admin dia ada confess yang bukan dia jaga akaun tu kan?

Ada masalah rumah tangga pergi cerai kahwin janda – Netizen

sumber : lobak merah