Derita Seorang Lagenda Seniwati Mak Jah , Dato Aliff Syukri Wakilkan Anak Untuk Beri Bantuan.

Hiburan

Jika sebelum ini, Datuk Aliff Syukri tampil memberikan bantuan buat seorang pelakon muda, Puteri Balqis dan ibunya. Bagaimanapun, satu perkongsian terbaru daripada usahawan terkenal ini mendapat perhatian ramai apabila kelihatan seorang pelakon legend dalam posting tersebut.

Pelakon terbabit merupakan seorang seniwati yang sangat mesra dikenali sebagai Mak Jah dan dia bukanlah seorang yang asing lagi dalam dunia lakonan.

Video rakaman pendek mengenai kisah seniwati itu meraih perhatian peminat dan pengikut usahawan ini sekaligus memuji tindakan Datuk Aliff Syukri yang tampil memberikan bantuan buat Mak Jah.

Pun begitu, usahawan ini juga dipuji kerana mendidik anak-anaknya untuk berbuat kebaikan dengan menghantar anak-anaknya yang dikenali sebagai Ammar Ahyan dan Qadejah El Zahra untuk menolong pelakon itu.

Sebelum ini, anaknya Ammar Ahyan pernah pergi menolong Puteri Balqis dan kali ini pula anaknya itu sekali lagi pergi memberikan bantuan buat Mak Jah.

Selain di laman Instagram, menerusi laman Youtube milik usahawan ini juga kisah pelakon legend ini meraih ribuan tontonan yang turut mendoakan kesihatan Mak Jah.

Tangisan pelakon Mak Jah jadi perhatian ramai

“Bagusnya dato. Semoga dato lebih kaya dan tolong orang-orang susah”

Tangisan pelakon Mak Jah

Tangisan pelakon Mak Jah

Screenshot_21

Screenshot_22

 

Pelakon veteran, Mak Jah atau Maimunah Ahmad ini pernah tular dimedia sosial apabila disahkan menghidap knser dan telah mengadai barang kemas untuk membiayai rawatan.

 

Sumber: Youtube, Instagram Aliff Syukri, Berita Harian, HCL