Di Tarik ke Tengah Laut, Ifan Seventeen Cerita Bagaimana Berjaya Selamatkan Diri.

Semasa

TSUUNAMI yang melanda Selat Sunda pada malam Sabtu lalu mengrbankan banyak nyawa termasuk tiga anggota kumpulan Seventeen yang ketika itu sedang membuat persembahan di persisir pantai Tanjung Lesung, Banten.

Bagaimanapun vokalisnya, Ifan atau nama sebenarnya Fajarsyah, 35, terselamat dalam bencana alam itu namun isteri penyanyi itu, Dylan Sahara ditemui mattt.

Menceritakan detik cemas tersebut, Ifan memberitahu ombak yang tiba-tiba menghempas ketika mereka sedang menyampaikan lagu kedua menyebabkan dia dan rakan-rakan serta pengunjung ditarik ke laut dalam gelombang besar itu.

Ifan (Seventeen) cerita detik dibawa arus tsuunami, hampir 2 jam berada di laut.

Hanya Ifan (dua dari kiri) yang selamat dalam bencana tersebut.

“Kami mula persembahan pada pukul 9 malam, kedudukan pentas membelakangi pantai dan kami kurang mendengar bunyi air kerana mungkin bunyi muzik kuat.

“Saya sendiri terlempar ke tengah laut dan saya dapat melihat kira-kira 20 hingga 30 myat.

“Saya tidak tahu berapa jauh saya hanyut tapi yang pasti selama dua jam saya terapung-apung di laut namun akhrinya berjaya mengapai sebuah kotak untuk berpaut,” ujarnya ketika ditemuramah TvOne.

Tambah Ifan, bagi menyelamatkan diri, dia berusaha menjauhkan diri daripada kerumunan orang ramai yang sedang panik sehingga dia berjaya naik ke darat.

“Saya berusaha lari daripada kerumunan dan selang beberapa minit suasana menjadi sepi… Ternyata mangsa lain sudah mennggal dvnia.

“Saya sendiri selamat Alhamdulillah, cuma luka-luka,” tambahnya.

Ifan (Seventeen) cerita detik dibawa arus tsuunami, hampir 2 jam berada di laut.

Ifan mengesahkan isterinya, Dylan Sahara mennggal dunia selepas menjadi mngsa tsuunami yang melanda Selat Sunda Sabtu lalu.

Ifan dan kumpulannya menjadi artis yang membuat persembahan pada majlis hari keluarga sebuah syarikat korporat di Tanjung Lesung Resort, Banten yang dihadiri kira-kira 260 tetamu.

Katanya kira-kira 70 peratus tetamu dibawa arus ke daratan dan semuanya selamat.

Manakala, dia bersama 30 peratus tetamu yang lain dihanyutkan ke laut dan sebahagian besarnya mennggal dvnia.

Dalam pada itu, ketika berjaya sampai ke daratan dia terus mencari isteri serta anggota Seveneteen namun terkejut apabila menemui myat pemain bass, M Awal Purbani atau Bani, dan pengurus mereka, Oki Wijaya.

Pada malam Isnin pula, selepas dua hari mencari, Ifan mengesahkan isterinya yang hilang dalam kejadian itu mennggal dvnia.

Dalam perkembangan sama, Ifan turut mengesahkan pemain dram Seventeen iaitu Andi turut terkrban menjadikan kesemua anggota kumpulan itu mennggal dunia.

Mereka termasuk Bani (pemain bes), Herman (gitaris) termasuk kru, Ujang dan pengurus kumpulan itu, Oki Wijaya.

Kredit mstar