“Dia Mahu Bekerja Dengan Gaji RM500 Sahaja” – Aliff Syukri Puji Remaja 0ku Yang Tinggal Dengannya Rajin Bekerja.

Hiburan

Gempak sebelum ini pernah melaporkan kisah seorang pemuda kelainan upaya (OKU) bernama Syukri yang bersusah payah datang dari Johor demi bertemu idolanya, Datuk Seri Aliff Syukri di kediaman mewahnya baru-baru ini.

Berkongsi lebih lanjut situasi sebenar dan perihal yang terjadi antara keluarganya dan pemuda bernama Syukri itu, jelas Aliff Syukri mereka kini mengambilnya bekerja bersama mereka.

“Kami panggil dia Boy. Ketika mula-mula datang ke rumah kami, dia kata mahu bekerja dengan gaji RM500 sahaja.

“Saya sebenarnya tidak pernah mengambil pekerja OKU kerana risau persepsi golongan ini pemalas, tetapi berbeza bagi Syukri. Dia sangat rajin bekerja!

 

View this post on Instagram

 

. . sepuluh hari di thailand seperti 10 tahun lamanya. inilah kegembiraan sebenar bila abang dapat jumpa keluarga abang walaupun abang travel jauh2 lama2 tapi tetap tak bahagia bile kelugar trcinta tiada disisi. abang sayang sangat kluarga abang yang trcintaa. . . penat letih tapi bkerja tpi bila abg nampak family smua terus rasa happy❤️❤️ demi @as.legacymalaysia . . . abang bukan bercuti tapi abang pergi kerana kerja. abang berkorban demi @as.legacymalaysia. perjalanan abang penginapan abang semuanya di sponsor oleh company2 besar di thailand. dlm industri perlancongan hotel,makanan dan lain.. adakah anda berminat nak nak sponser sy dan sy akan pomosikanya boleh wussp manager saya 017 221 2116 .. . . .

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on


“Malah, adakalanya dia menemani saya mendaki bukit, menjaga stor, memandu, pandai menjaga Yusoff dan macam-macam lagi,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kosmetik Aliff Syukri Legacy Cosmetics di Damansara baru-baru ini.

Jelasnya lagi, biarpun ramai yang memintanya menjadikan Syukri sebagai anak angkatnya, penyanyi lagu Bobo Di Mana itu menolaknya dengan cara baik.

Malah, menariknya dedah Aliff Syukri, Syukri, 22, memiliki pasangan kembar perempuan yang memiliki sifat sempurna dan boleh bertutur secara normal.

Sementara itu, dedah Datin Seri Shahida, abang kepada Syukri pernah menghubunginya untuk berterima kasih atas budi baik mereka menjaga adiknya.

“Kata abangnya terima kasih kerana menyantuni adik saya,” ujarnya.

Difahamkan ibu kepada Syukri bekerja sebagai seorang penoreh getah.

 

View this post on Instagram

 

. . Secara Jujurnya abg begitu sedih pada malam ini..abg buat blog dan youtube utk Melihat org susah di kl bersama ustaz @ebitlew dan dgn hasil jualan bisnes saya @ @as.legacymalaysia..bygkan.. masih ada orang yang susah yang mengharapkan makanan yang ,mengharapkan bantuan yang tiada rumah ..abang bukan ahli politik abang bukan bln ustaz, abang bukanlah sesiapa abg hnya #ohabangkosmetik.. tetapi abang berazam supaya jikalau abang diberikan rezeki yang murah dalam perniagaan.. abang boleh bantu lebih ramai org .. doakan misi abg ini berjaya.. amin amin.. jika korang doakan amin sudah memadai utk abg berusaha lagi buat aktiviti mcm ni.. . . kali ini Abang bersama sama dengan seorang ustad @ebitlew yang amat mulia dan cukup dikenali turun padang untik membantu.. Kalau Abang buat lagi misi bantuan seperti ini ada tak yang nak ikut bersama sama abang untuk memberi dan juga membuat saham akhirat sila komen di bawah . . siapa nak tngok vedio ada di youtube sy tv terajak laris..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

sumber : Astro gempak